Porche 911 GT3 manual tak dijual di California kerana 'terlalu bising'

oleh Mohamad Hanif|
Porsche baharu sahaja melancarkan 911 GT3 dengan pakej Touring, dan masih lagi mengekalkan penawaran transmisi manual untuk kereta sports itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, bagi mereka yang duduk di sekitar California, anda terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan Porsche 911 GT3 dengan transmisi manual disebabkan undang-undang bunyi bising yang dilaksanakan di negeri itu dan masih lagi belum dikemaskini.

Menurut kenyataan rasmi Porsche, disebabkan regulasi bunyi Porsche 911 GT3 versi manual tidak dapat dijual di California, namun versi transmisi PDK masih lagi ditawarkan kepada mereka yang berminat.

"Kami berusaha untuk menawarkan seberapa banyak pilihan yang ada untuk memenuhi keperluan pelanggan, termasuklah model 911 GT3. Namun dalam masa yang sama kami perlu tetap mematuhi dan menghormati garis panduan di setiap pasaran, bukan sahaja di Amerika malah di seluruh dunia.

Sebab musabab pengharaman jualan Porsche 911 GT3 tidak diketahui, dan Porsche sendiri tidak memberikan penjelasan berhubung perbezaan antara sistem ekzos yang terdapat pada model transmisi manual serta model PDK.

Namun, penjualan Porsche 911 GT3 bertransmisi manual masih lagi boleh didapati di negeri-negeri lain selain daripada California pada ketika ini.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, bagi mereka yang lebih gemar merendah diri tanpa sebarang penampilan yang lebih menonjol,…