Porsche 4Kids - ruang pembelajaran interaktif untuk kanak-kanak di rumah

oleh Mohamad Hanif|
Dalam masa beberapa minggu, ramai di antara kita merasai sendiri perubahan radikal gaya hidup normal kepada norma baharu yang harus kita biasakan dalam masa beberapa minggu atau bulan sehingga wabak COVID-19 reda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pusat penjagaan kanak-kanak serta sekolah yang kini masih ditutup, ibu bapa perlu mencari satu alternatif bagi mengisi masa lapang kanak-kanak di rumah.

Menyedari hal ini, Porsche membawakan kepada anda satu laman interaktif yang dihasilkan khusus untuk kanak-kanak yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik di laman www.porsche4kids.com.

 


Menerusi laman Porsche4kids, Porsche menyediakan aktiviti seperti ruang mewarna, kraf tangan beserta panduan, pencarian kata-kata dan perminan memori, teka-teki dan banyak lagi.

Kanak-kanak akan dibantu dengan kehadiran maskot Porsche Tom Targa dan Tina Turbo di dalam dua bahasa iaitu Jerman dan Inggeris.

Selain daripada itu, Porsche juga turut menyediakan seksyen 'Socialize' dimana terdapat lawatan maya ke muzium Porsche, serta cabaran kuiz e-mobiliti di mana kanak-kanak boleh mempelajari asas mengenai elektromobiliti seperti contoh bagaimana motor elektrik berfungsi, storan tenaga serta pelbagai lagi.

Menurut Oliver Eidam, Ketua Unit Rakan Kongsi Jenama dan Penajaan Porsche berkata, "kami mahu memberikan kanak-kanak akses kepada mobiliti hari ini dan masa hadapan, serta pelbagai topik relevan seperti kelestarian tenaga dan keselamatan jalan raya.

"Dengan ini, kami mahu menggalakkan mereka untuk meneroka, mencari dan merasai sendiri keseronokan di dalam Porsche4kids," tambah beliau lagi.

 


Pengenalan Porsche 4Kids adalah selari dengan moto yang dipegang oleh Porshe pada ketika ini, iaitu #DreamsAreMadeAtHome.

Dengan tanda pagar ini, Porsche turut melancarkan kempen media sosial global yang menjemput orang ramai membuat hantaran berkenaan impian mobiliti mereka, sama ada kereta persendirian, model kereta atau gambar berwarna Porsche yang dimuatturun daripada laman web Porsche.