Ia dipadankan dengan nadi flat-six 4.0 liter aspirasi natural dengan hamburan kuasa setinggi 496 hp dan 450 Nm yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar PDK sahaja. Tiada opsyen manual ditawarkan.

Pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 315 km/j.
718 Cayman GT4 RS juga turut didatangkan dengan suspensi boleh laras, dengan unit peredam, spring dan bar anti-oleng yang telah ditala semula, sementara ketinggian jentera ini 30 mm lebih rendah berbanding model 718 Cayman standard.

Berbanding model Cayman GT4, model RS ini mendapat pemasangan sayap belakang yang besar diinspirasikan daripada model 911 RSR dan 911 GT3, corong kemasukan udara RS menggantikan tingkap suku, splitter hadapan, sirip pada fender depan, liang kemasukan NACA pada bonet dan diffuser belakang yang dikemaskini.
Semua ini membolehkan GT4 RS menjana 25 peratus lebih daya turun berbanding model GT4 standard apabila dalam mod Prestasi.

Penggunaan bahan yang ringan juga tidak dilupakan seperti contoh bahan CFRP pada fender depan, hud, tingkap kaca yang lebih ringan pada bahagian belakang, serta panel pintu yang lebih ringkas menampilkan pemegang fabrik dan jaring storan.
Tidak menghairankan apabila berat kereta ini hanyalah sekitar 1,415 kg sahaja.

Harga jualan Porsche 718 Cayman GT4 RS ini bermula dari RM1,550,000. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi Porsche Centre yang berdekatan.