Porsche 911 Carrera Coupe 1988 Safari-Style muncul di laman Bring A Trailer

oleh Mohamad Hanif|
Porsche telah pun rasmi melancarkan model 911 versi off-road yang diberikan nama Porsche 911 Dakar bersempena dengan kemenangan mereka di dalam rali Paris-Dakar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda merasakan penawaran Porsche itu terlalu moden untuk citarasa peribadi, usah risau kerana terdapat model off-road Porsche 911 yang lebih klasik untuk dibawa pulang.
 

911


Laman web Bring A Trailer telah menyenaraikan sebuah model Porsche 911 Carrera Coupe 1988 yang telah diubahsuai oleh STRAAT.

Mengikut sejarah, jentera 911 Carrera Coupe tahun 1988 ini pada asalnya didatangkan dalam warna Guards Red dan telah pun berjalan sejauh 434,530 km sebelum disenaraikan di laman tersebut.
 

911


Pada tahun 2019, pihak STRAAT telah meleraikan jentera ini sebelum membinanya kembali mengikut spesifikasi 911 Safari, termasuklah proses overhaul enjin flat-six 3.2 liter dan kotak gear manual lima kelajuan G50 sebelum ia dilayangkan dengan warna Baltic Blue Metallic.

Mengikut tema 911 off-road, jentera 911 Carrera Coupe ini dipasangkan dengan cangkuk Warn, lampu bantuan LED Cibie, skid plate kustom untuk perlindungan bawah badan, bar oleng, serta rak bumbung yang menempatkan tayar simpanan.
 

911


Bahagian belakang dipadankan dengan spoiler ekor itik Getty Design, diikuti dengan bar perlindungan bampar kustom depan dan belakang.

Jarak kelegaan tanah 911 ini ditinggikan menggunakan suspensi dan spring gegelung boleh laras daripada Von Shocks.
 

911


Selain itu, keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim aloi BRAID Fullrace TA bersaiz 15 inci yang dibaluti tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO2.

Masuk ke dalam ruang kabin, terdapat tempat duduk Recaro Ergomed ES balutan kulit dengan ciri pemanas dan penyejuk terbina dalam, roda stereng MOMO Prototipo, diikuti sangkar empat poin daripada Custom Cages of Daventry, sistem media digital Blaupunkt, unit pembesar suara dan amplifier JL Audio, dan sistem pendingin hawa Griffiths.
 

911


Panel instrumentasi VDO turut diperbaharui dengan menampilkan speedometer 160 batu sejam, takometer dengan garis merah 6,300 rpm, sepasang tolok tambahan, serta jam analog.

Setakat artikel ini ditulis, harga bidaan Porsche 911 Carrera Coupe 1988 Safari-Style ini berada di paras $170,000 (RM772,140.00) dan bidaan bakal ditutup dalam tempoh dua hari lagi.

Baca: Porsche 911 Dakar 2023

Sumber: Bring A Trailer

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun menerusi model ACS (All-Terrain Competition Study) ia merupakan satu contoh yang terbaik bagi…
Berita Global
Atau anda memang sudah tanam dari awal bahawa Porsche 911 bukanlah sebuah kereta yang praktikal. …