Casis kereta dinilai, dibersihkan dan disediakan dengan teliti untuk memastikan ia dalam keadaan optimum untuk peringkat pemulihan seterusnya.
Dalam fasa ini, pengukuhan casis yang dibangunkan bersama Red Bull Advanced Technologies diaplikasikan untuk meningkatkan kekukuhan monokok asal Model 964.
Enjin dalam 911 Carrera Coupe Reimagined by Singer dibangunkan hasil pengalaman luas dengan model 911.
Singer turut memanfaatkan input daripada program Dynamics and Lightweighting Study (DLS).
Projek ini telah melahirkan kepala silinder empat injap pertama daripada Singer.
Kepakaran yang diperoleh membolehkan Singer terus meneroka potensi prestasi enjin flat-six ikonik Type 964 untuk pelanggan.
Ini dilakukan melalui pengoptimuman berterusan dan pembaharuan kepala silinder empat injap.
Enjin kereta dibangunkan bersama Cosworth yang menyumbang pengalaman luas dalam sistem pemasaan injap boleh laras.
Cosworth juga terlibat dalam reka bentuk kebuk pembakaran, serta sistem aliran masuk dan keluar ekzos.
Enjin ini mempunyai beberapa keunikan:
- Enjin pertama dalam model Porsche 911 Reimagined by Singer yang dilengkapi sistem pemasaan injap boleh laras
- Sistem pemasaan mengoptimumkan kebolehpanduan pada kelajuan rendah dan kuasa pada rpm tinggi
- Enjin tanpa turbo pertama oleh Singer yang menggunakan kepala silinder penyejukan air bersama silinder penyejukan udara
Rekaan ini diambil daripada pembelajaran program DLS Turbo. Gabungan semua ciri ini membolehkan enjin 4.0 liter flat-six menghasilkan 420 kuasa kuda (hp).
Enjin ini juga menawarkan tork yang lebih luas merentasi pelbagai julat kelajuan enjin.
Bagi menggalakkan pemandu memaksimumkan julat sehingga lebih 8,000 rpm, Singer menawarkan kotak gear manual enam kelajuan yang telah dioptimumkan.
Pemandu boleh menikmatinya dengan kuasa dihantar ke roda belakang. Tuil gear yang lebih tinggi boleh dipilih dengan mekanisme tukaran yang terdedah.
Sistem ekzos titanium baharu turut dibangunkan untuk memastikan aliran ekzos bebas dan menghasilkan bunyi flat-six yang ikonik.
Singer bekerjasama dengan Red Bull Advanced Technologies untuk meningkatkan kekuatan dan kekukuhan kilasan chassis asal 964.
Red Bull Advanced Technologies menilai casis 964 menggunakan keupayaan bertaraf dunia mereka dalam simulasi dan analisis struktur.
Hasil daripada penelitian mereka membawa kepada pembangunan pengukuhan casis.
Pengukuhan ini menggunakan komposit dan keluli pada monokok 964 dan dibuat semasa peringkat awal proses pemulihan.
Monokok asal Type 964 kekal sebagai teras kereta.
Pengukuhan baharu bagi memastikan asas yang dioptimumkan untuk setiap peringkat kerja-kerja pemulihan.
Pengalaman Singer dengan gentian karbon membolehkan keseimbangan yang baik di antara DNA dan kejuruteraan serta sains bahan terkini.
Walaupun diilhamkan oleh kereta model G (1974 and 1989) pada 1980-an, badan kereta direka semula untuk estetik dan kefungsian.
Penggunaan gentian karbon membolehkan pengurangan berat dan peningkatan kekakuan.
Hasilnya diterjemah pada tindak balas dinamik seperti yang diharapkan oleh pelanggan Singer.
Diinspirasikan oleh Super Sport Equipment pada era tersebut, badan gentian karbon ini menempatkan bahagian depan dan belakang yang lebih lebar.
Spoiler depan mengoptimumkan penyejukan dan aliran udara di bahagian depan kereta.
Salur masuk di hujung fender belakang mengarahkan udara penyejuk ke ruang enjin.
911 Carrera pada era tersebut boleh dipesan sama ada dengan atau tanpa sayap belakang whale tail yang terkenal. Kini Singer menawarkan pilihan yang sama.
Sayap tetap atau sayap yang diaktifkan dengan kelajuan mengawal aliran udara di belakang kereta untuk kestabilan pada kelajuan tinggi.
Lampu pemanduan tambahan berprestasi tinggi juga dijadikan pilihan.
Lampu ini terangkat dari hud depan apabila diaktifkan dan disimpan rata apabila tidak digunakan.
Seperti model 911 Carrera pada era tersebut, prestasi dinamik enjin dipertingkatkan melalui pendekatan canggih pada suspensi, brek, roda dan tayar.
Penyerap hentak boleh laras empat hala dengan kawalan penyerapan elektronik boleh dilaras dari kerusi pemandu dan turut dilengkapi sistem angkat angkat hujung depan.
Pelanggan boleh memesan brek seramik karbon dan dipadankan bersama rim 18 inci dengan kunci tengah.
Pemandu boleh memilih lima mod pemanduan iaitu Road, Sport, Track, Off and Weather
Setiap mod melaras tahap campur tangan kawalan cengkaman dan kestabilan elektronik, mengikut keadaan jalan dan keupayaan pemandu.
Singer membolehkan pemilik memesan ruang dalaman mengikut cita rasa, termasuk pilihan cat, kulit dan material khas.
Pelanggan boleh memesan kerusi sport ringan atau untuk litar dan digandingkan dengan penukar gear tinggi bagi posisi pemanduan ideal.
Susun atur meter 911 direka semula dengan meter buatan tangan, kemasan kulit juga boleh dijahit dan diubah mengikut permintaan.
Teknologi moden disusun atur secara minimal termasuk navigasi dan sambungan telefon yang tersorok.
Setiap projek Singer disesuaikan mengikut citarasa dan permintaan pemilik seperti yang ditunjukkan di dalam koleksi artikel ini.
Harga bergantung pada spesifikasi dipilih dan hanya 100 unit Porsche 911 Carrera Coupe Reimagined by Singer akan dihasilkan.
Penulis: Muhammad Md Tajudin