Porsche 911 GT3 Cup 2021 - jentera lumba siap terus dari kilang!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche telah memperlihatkan secara rasmi jentera lumba yang dibangunkan berdasarkan model 911 generasi masa kini (992), iaitu Porsche 911 GT3 Cup 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Porsche dikatakan memulakan pembangunan jentera lumba 911 GT3 Cup ini semenjak awal tahun 2019 lagi dan ia menampilkan pakej aerodinamik serba baharu yang dihasilkan khusus untuk jentera ini.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah jentera 911 Cup, model baharu ini menampilkan hasil kerja badan yang lebar, di mana bahagian belakang kini 28 mm lebih lebar berbanding model generasi terdahulu.

 


Penggunaan arca roda yang lebar di hadapan juga turut menambah kadar kelebaran jentera ini, manakala di bahagian belakang dipasang dengan sayap jenis leher angsa yang menawarkan sehingga 11 fasa tetapan.

Keseluruhan panel luar jentera ini diperbuat daripada 70 peratus aluminium dan 30 peratus daripada bahan keluli, di mana bahagian seperti pintu, hud, dan sayap belakang diperbuat daripada bahan plastik diperkukuh gentian karbon (CFRP).

 


Dari segi kuasa, Porsche 911 GT3 Cup dijana dengan enjin flat-six aspirasi natural bersesaran 4.0 liter yang mampu menghamburkan 510 kuasa kuda dan 470 Nm daya kilas, dipadankan dengan sistem transmisi sekuential dog-type enam kelajuan, single-mass flywheel dan klac three-plate.

Bergantung kepada perlumbaan, Porsche turut menawarkan tiga tetapan sistem ekzos yang berbeza untuk para pembeli jentera lumba 911 GT3 Cup itu tadi.

Semenjak program ini diperkenalkan pada tahun 1990 bermula dari model 964, Porsche telah berjaya menghasilkan kira-kira 4,251 unit jentera 911 GT3, dan mereka kini mensasarkan angka produksi 5,000 unit menjelang tahun hadapan.

 


Porsche Motorsport akan melengkapkan kesemua jentera Cup dengan kit aksesori lengkap termasuk alat khas dan spacer wishbone yang diperlukan untuk penyesuaian litar tanpa perlu pelanggan menempahnya secara berasingan.

Jentera Porsche 911 GT3 Cup 2021 akan dihantar bermula Februari 2021 dan  akan beraksi buat kali pertama di Porsche Mobil 1 Supercup dan siri Porsche Carrera Cup di Jerman, Perancis, Asia dan Benelux, serta pertama kalinya menjejakkan kaki di Amerika Utara.