Porsche 911 GT3 RS 2023 – 525 PS, sistem DRS standard, dari RM2.6 juta

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan penganjuran Piala Porsche Carrera Asia 2023, Porsche Malaysia melancarkan secara rasmi jentera pantas Porsche 911 GT3 RS.

Perasmian model tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter, Pengarah Urusan Porsche Motorsport Asia Pasifik, Alexandre Gibot dan Nazim Azman selaku wakil pelumba Pasukan Sime Darby.
 

gt3 rs


Berikut merupakan info ringkas berkenaan jentera 911 GT3 Cup:

1. Enjin flat-six 4.0 liter aspirasi natural dengan putaran tinggi 9,000 rpm, kuasa setinggi 525 PS, lebih berkuasa berbanding 911 GT3, dipadankan dengan transmisi PDK (Porsche Doppelkupplung) tujuh nisbah kelajuan, nisbah gear lebih pendek.

2. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.2 saat, kelajuan maksimum 296 km/j pada gear ketujuh.
 

GT3


3. Perubahan dari sudut mekanikal termasuklah aci sesondol baharu, profil aci yang telah diubahsuai, sistem kemasukan pendikit tinggal, pemacu injap teguh yang diperoleh daripada sukan permotoran.

4. Selain itu, kedudukan radiator juga berada di tengah, di mana idea ini pertama kali digunakan pada model jentera lumba 911 RSR dan 911 GT3 R.
 

GT3


5. Komponen badan diperbuat daripada bahan CFRP ringan, seperti pintu, sayap depan, bumbung dan penutup hadapan, diikuti dengan tempat duduk fully bucket.

6. Falsafah pembinaan ringan ini membolehkan 911 GT3 RS mempunyai berat sekitar 1,450 kg sahaja.
 

GT3


7. Sistem brek terdiri angkup empat omboh dengan rotor 380 mm. Terdapat juga opsyen sistem brek Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB) terdiri daripada cakera 410 mm depan, cakera 390 mm belakang.

8. Porsche 911 GT3 RS menggunakan roda kunci tengah diperbuat daripada aloi ringan tempa, dibaluti tayar sports bersaiz 275/35 R20 dan 335/30 R21.
 

GT3


9. Aspek aerodinamik yang serius dimuatkan pada jentera 911 GT3 RS ini, seperti contoh sayap yang lebih tinggi, sistem ventilasi pada arka roda, diikuti dengan Drag Reduction System (DRS) yang pertama kali dimuatkan pada model ini.

Ia dikatakan mampu menjana daya mendap seberat 409 kg pada kelajuan 200 km/j, dua kali ganda berbanding model 911.2 dan tiga kali ganda berbanding 911 GT3.
 

GT3


10. Pakej Weissach ditawarkan secara standard, merangkumi roda tempa magnesum dengan berat 8 kg lebih ringan, kemasan tenunan karbon (penutup hadapan, bumbung, sayap belakang, perumah cermin sisi), pakej bar anti-oleng depan dan belakang, rod gandingan belakang, dan shear panel pada gandar belakang – semua diperbuat daripada bahan CFRP.

Selain itu, sistem PDK menggandingkan teknologi magnet yang diilhamkan daripada sukan permotoran, menjadikan penukaran gear yang lebih jitu.

11. Pakej Clubsport juga turut ditawarkan secara standard, merangkumi bar keluli rollover, alat pemadam api ringan, serta tali pinggang keledar enam mata untuk pemandu.
 

GT3 RS


12. Setiap pembelian Porsche 911 GT3 RS didatangkan dengan jam tangan kronograf yang dihasilkan oleh Porsche Design, dengan sistem pergerakan WERK 01.200 yang diiktiraf oleh COSC.

13. Harga jualan Porsche 911 GT3 RS bermula dari RM2,630,000.

Baca: Spesifikasi penuh Porsche 911 GT3 RS 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula 21 hingga 26 Februari ini, penumpang bertuah boleh menikmati perkhidmatan pemindahan…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Berita Global
Terbaharu, Porsche berjaya memecahkan rekod yang dicatatkan oleh model 911 GT3 terdahulu, dengan…