Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey, panel karbon ganti cermin belakang, sirip yu terpacak!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey
Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey
Manthey Racing diasaskan oleh bekas pelumba Olaf Manthey pada 1996.

Manthey Racing berentap di dalam kejohanan tahan lasak (endurance) seperti DTM, 24 Jam Le Mans dan 24 Jam Nürburgring.

Daripada pasukan bebas, Porsche menjadi pemegang saham utama Manthey dan rakan permotoran penuh.

Tidak hanya pasukan lumba, Manthey turut menawarkan khidmat lain di antaranya pengubahsuaian, aksesori dan beberapa lagi.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025
Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey

 

Permata untuk Porsche ialah 911 GT3 RS yang membawa elemen litar lumba ke jalan raya. Apa yang lebih istimewa? Manthey dan 911 GT3 RS.

Terbaru Porsche menawarkan Kit Manthey untuk 911 GT3 RS (992) bagi mendapatkan prestasi lebih tinggi di litar. 

Manthey Kit adalah hasil kerjasama di antara Pusat Pembangunan Porsche di Weissach dan jurutera Manthey di Meuspath.

911 GT3 RS sudah pun bagus kenapa perlu kit lain? Senang sahaja, untuk lebih laju di litar atau hari litar.

 

Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey

 

Penampilan kereta lebih menonjol dengan kit aerodinamik yang terdiri daripada bibir spoiler dan lengkungan roda dengan kepak Gurney dan dua sirip sisi.

Bibir spoiler menambah daya mendap pada bahagian depan. Cermin belakang diganti dengan panel gentian karbon dan 25 peratus lebih ringan.

Di atas panel terpacak sirip yu dan disesuaikan dari kereta lumba 963 yang menang Kejohanan Kereta Sport Dunia dan direka untuk meningkatkan kestabilan di selekoh.

Rasanya boleh faham mengapa Kit Manthey dibuat untuk litar dan bukan jalan raya biasa.

 

Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey

 

Tidak cukup dengan sirip yu, ada enam lagi sirip di atas bumbung kereta dan turut sama mengalirkan udara panas dari radiator depan ke luar.

Dari situ, ambilan udara lebih sejuk ditarik masuk di bahagian belakang walaupun dalam keadaan operasi yang melampau.

Sayap yang besar meningkatkan daya mendap di belakang. Peresap juga memainkan peranan untuk daya mendap dan tanpa meningkatkan rintangan udara.

Penutup rim aerodisc mengurangkan rintangan angin dan juga perkakasan aerodinamik yang mengoptimumkan aliran udara dan memaksimumkan kecekapan keseluruhan.

 

Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey

 

Pakej aerodinamik Manthey meningkatkan daya mendap keseluruhan dengan ketara dan tanpa meningkatkan seretan.

Pada kelajuan 285 kilometer sejam (km/j), 911 GT3 RS dengan Kit Manthey menjana lebih 1,000 kilogram (kg) daya mendap.

Keupayaan itu membolehkan kereta lebih laju di selekoh laju dan sederhana dan memaksimumkan kestabilan.

Selain kit aerodinamik, suspensi semi aktif turut dilaras supaya sepadan dengan daya mendap lebih tinggi.

 

Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey

 

Kadar kekenyalan gegelung dinaikkan 30 peratus di depan dan 15 peratus di belakang.

Empat penderia roda dan tiga penderia pecutan badan dan unit kawalan baharu memastikan talaan penyerap automatik penuh yang sangat pantas dan lebih tepat berbanding dahulu.

Penyerap hentak baharu berfungsi dengan dua injap berasingan untuk mampatan dan lantunan dan dikawal secara bebas.

Ini memastikan perlarasan yang jitu dapat dibuat di dalam keadaan pemanduan dan keadaan jalan raya dan memaksimumkan kestabilan di litar.

 

Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey

 

Perkakasan brek Kit Manthey dibuat mengikut keperluan pemanduan di litar.

Untuk kereta dengan Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB), pelanggan boleh memesan pad brek perlumbaan yang dibuat khusus untuk hari litar.

Selain perkakasan aerodinamik, pelanggan juga ditawarkan pelapik ambang pintu dan suluhan Manthey atas jalan.

Grafik Manthey boleh dipasang pada pintu dan cangkuk tunda turut ditawarkan untuk digunakan di litar.

 

Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey

 

Satu lagi, Manthey dan jurutera Porsche mengambil masa lebih dua tahun untuk kit ini dan diuji ribuan kilometer di litar lumba di Eropah dan Nürburgring.

Cuaca yang tidak menyebelahi menghalang penciptaan masa rasmi di Nürburgring dan lebih enak jika dapat mengetahui masa yang dicapai.

Pemilik 911 GT3 RS yang menggunakan kit Manthey juga tidak perlu risau kerana jaminan pengeluar tidak terjejas.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Porsche 911 GT3 RS dengan kit Manthey

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula 21 hingga 26 Februari ini, penumpang bertuah boleh menikmati perkhidmatan pemindahan…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Pelancaran
Perasmian model tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance,…