Porsche 911 Soundbar 2.0 Pro - speaker dengan komponen ekzos 911 GT3 sebenar

oleh Mohamad Hanif|
Sedang mencari unit pembesar suara (speaker) untuk disesuaikan dengan tema automotif di rumah anda?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Porsche kini menawarkan produk baharu 911 Soundbar 2.0 Pro, di mana ia menampilkan komponen ekzos daripada model Porsche 911 yang sebenar.
 

911


Ia membawakan ciri seperti sistem bunyi keliling 2.1.2 dengan kuasa 300 watt, port HDMI 4K, Dolby Atmos DTS-HD, serta menyokong sambungan Bluetooth 5.0, Apple AirPlay dan Google Chromecast.

Soundbar 2.0 Pro ini juga turut menyokong teknologi penstriman yang membolehkan anda menghubungkannya dengan model soundbar Porsche yang lain.
 

911


Seperti yang dinyatakan, terdapat komponen sebenar yang diambil daripada sistem ekzos model 992 GT3, dengan kemasan 'karat' asli.

Anda boleh memilih untuk meletakkannya di atas lantai menggunakan tapak yang disediakan, atau menggantungnya sebagai hiasan yang sangat menonjol di dinding rumah.
 

911


Hanya 500 unit sahaja yang akan dihasilkan, setiap satu memiliki tanda harga bermula dari $12,000 (RM56,934).