Porsche 911 Speedster - 1,948 unit terhad, harga bermula dari RM1.15 juta

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Porsche dilaporkan bakal memulakan produksi terhad bagi model baharu 911 Speedster yang dihadkan kepada 1,948 unit sahaja. 

Ia dipamerkan pada acara New York Auto Show beberapa bulan yang lalu dan menampilkan pelbagai elemen inspirasi daripada model 356 Speedster, namun dengan trenkuasa moden daripada 911 GT3.

Enjin aspirasi natural 4.0 liter enam silinder bentangan boxer itu mampu menjana 503 kuasa kuda dan 470 Nm daya kilas. 
 


Sebagai sebuah kereta yang dikhaskan kepada pemanduan serius, ia didatangkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan yang memacu roda belakang menerusi locking rear differential jenis mekanikal. 

Tetapan ini membolehkan Porsche 911 Speedster mencapai pecutan sepantas 4.0 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan maksimum 310 km/j. 

Bagi menjadikan jentera ini seringan yang mungkin, Porsche 911 Speedster juga banyak menampilkan elemen lain dari GT3 seperti apron belakang dan spoiler, serta sayap belakang daripada 911 R. 
 


911 Speedster juga turut mempunyai hud gentian karbon, spoiler hadapan yang unik serta cermin sisi Sport Design bagi menggantikan cermin jenis Talbot pada model konsep 911 Speedster. 

Komponen yang paling unik sudah semestinya lid belakang jenis double-bubble yang diperbuat daripada bahan plastik diperkukuh gentian karbon, di mana ia merupakan komponen terbesar dan paling kompleks pernah dibina untuk sebuah model jalanan. 

Manakala bagi memberhentikan jentera ini dengan berkesan, sistem brek seramik komposit digunakan pada kempat-empat sudut. 
 


Ruang dalaman bagi Porsche 911 Speedster ini menampilkan upholsteri kulit berliang yang membaluti tempat duduk gentian karbon, tombol gear yang dipendekkan, kluster meter retro, lencana edisi terhad dan panel pintu yang ringan. 

Jika anda mencari kelainan, Porsche turut menawarkan pakej Heritage Design di mana ia menampilkan rekaan elemen klasik daripada 1950 dan 1960-an dengan layangan warna GT perak metalik dan decals ikonik. 

Sementara ruang dalaman pula menawarkan gandingan trim warna hitam dan cognac yang diselangi dengan elemen emas. 
 


Model ini dijangka akan memasuki produksi tidak lama lagi dan seperti diberitahu, ia dihadkan kepada 1,948 unit sahaja - bersempena dengan tahun produksi model pertama Porsche iaitu Porsche 356.

Harganya pula bermula dari $274,500 (RM1.15 juta) dengan tambahan $24,510 (RM102,750) untuk pakej Heritage Design. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Model open-top dengan dua tempat duduk ini merupakan satu penghormatan buat model roadster Porsche…
Berita Domestik
Pelancaran model tersebut akan dibuat menerusi laman rasmi Facebook dan Instagram Porsche Malaysia…