Porsche 911 Targa 4S Heritage Edition - inspirasi targa klasik, 992 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche telah pun melancarkan secara rasmi model edisi terhad Porsche 911 Targa 4S Heritage Edition yang menampilkan rekaan luaran yang diinspirasikan daripada kereta sports Porche era 50-an, 60-an, 70-an dan 80-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Porsche hanya menghasilkan kira-kira 992 unit sahaja untuk pasaran global sebagai rujukan kepada kod dalaman generasi terkini Porsche 911.

 


Porsche 911 Targa 4S Heritage Edition ini dilayangkan dengan warna khas Cherry Metallic yang dikontraskan dengan penggunaan jalur putih pada fender hadapan dan bahagian sisi kereta.

Penampilan model Targa ini diserikan dengan pemakaian rim five-spoke yang membawakan rekaan klasik Fuchs.

 


Emblem emas merupakan rujukan kepada jentera Porsche era 50-an, manakala terdapat lencana khas yang dipadang pada gril belakang yang mengambil inspirasi daripada lencana yang dianugerahkan apabila Porsche 356 mencapai jarak perbatuan 100,000 km.

Ruang dalaman pula didatangkan dengan pilihan balutan kulit dua tona iaitu Bordeaux Red/Atacama Beige atau Black/Atacama Beige, manakala kerusi dan trim pintu balutan corduroy merupakan rujukan kepada ruang dalaman Porsche 356.

Khas untuk pemandu pula, petunjuk angka pada kluster meter diberikan warna hijau.

 


Dari segi kuasa, ia membawakan nadi flat-six 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 443 kuasa kuda dan 529 Nm daya kilas, di mana pemilik boleh mendapatkan versi transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan atau kotak gear kegemaran purist - manual tujuh nisbah kelajuan.

Khusus untuk mereka yang telah menempah Porsche 911 Targa 4S Heritage Edition ini, Porsche turut menawarkan jam tangan edisi terhad (992 unit) dengan rekaan yang menyamai muka kluster analog berwarna hitam dan elemen Phosphorus Green.

 


Harga jualan bermula dari $180,600 (RM773,914) dan terhad kepada 992 pembeli yang pantas (dan berwang).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model itu ringan, siap untuk berlumba dan berbadan lebar. Type 964 RSR 3.8 juga memakai logo…
Berita Global
  Apa yang menarik tentang Theon Design ialah mereka mengekalkan identiti yang membentuk Porsche…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…