Porsche anjur kejuaraan e-sports di rantau Asia Pasifik

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kalinya, Porsche Asia Pacific dengan kerjasama Porsche Cars Australia bergabung dengan Forza Motorsport 7 menerusi penganjuran kejohanan perlumbaan simulasi Porsche Asia Pasific Forza Cup.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejuaraan ini terbuka kepada pendaftaran yang dilakukan menerusi dalam talian dan bakal menampilkan pemandu-pemandu handalan bertarung di litar seperti Bathurst, Nurburgring, Le Mans, Silverstone dan Hockenheimring.

Para peserta perlu menghadapi tiga pusingan Rival Qualifying Races di mana setiap satu akan mengambil tempat selama seminggu bermula 29 September sehingga 18 Oktober, dan hanya 16 orang pelumba handalan sahaja yang akan mara sebagai peserta finalis.

Untuk menjadikan persaingan yang lebih adil, hanya tiga orang sahaja daripasa setiap negara akan dipilih untuk memasuki pusingan akhir.

 


Pertarungan akhir Porsche Asia Pacific Forza Cup - Grand Finals akan berlangsung pada 31 Oktober ini menyaksikan kesemua 16 finalis dan tiga pelumba teratas akan menerima hadiah daripada Porsche Driver's Selection dan HUGO BOSS selaku penaja utama kejohanan ini.

Juara Porsche Asia Pasific Forza Cup akan diberikan peluang untuk berlumba di dalam litar sebenar Porsche Experience Centre Hockenheimring pada tahun hadapan untuk merasai pengalaman di dalam trek pengendalian, laluan off-road, serta seksyen dinamik.

Pendaftaran dalam talian kini dibuka kepada para peserta dari rantau Asia Pasific yang memiliki pas permainan Xbox, atau memiliki akses kepada PC, Xbox One, Xbox One S atau Xbox One X menerusi pautan https://porscheapforcacup.com/

 


First Rivals Qualifier Week
Tarikh: 29 Sept (00:00 GMT+8) sehingga 4 Okt (23:59 GMT+8)
Jentera: Porsche 918 Spyder
Litar: Forza Motorsport 7 Bathurst

Second Rivals Qualifier Week
Tarikh: 6 Okt (00:00 GMT+8) sehingga 11 Okt (23:59 GMT+8)
Jentera: Porsche 911
Litar: Nurburgring Nordschleife

Third Rivals Qualifier Week
Tarikh: 13 Okt (00:00 GMT+8) sehingga 18 Okt (23:59 GMT+8)
Jentera: Porsche 919 Hybrid
Litar: Le Mans

Porsche Asia Pacific Forza Cup – Grand Finals
Tarikh: 31 Oktober (mula jam 18:00 GMT+8)
Jentera: Porsche Cayman GT4 Clubsport
Litar 1: Forza Motorsport 7 Silverstone
Litar 2: Hockenheimring

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…