Porsche bakal mempunyai pesaing baharu - Hyundai!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai, satu nama yang sering diperlekehkan suatu ketika dahulu, sehinggakan ia menjadi bahan ejekan di dalam salah sebuah filem Fast and Furious, zaman di mana Hyundai tidak memiliki sebuah produk yang benar-benar berjiwa sukan. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, apabila divisyen N Hyundai kini disertai oleh Albert Biermann yang merupakan bekas bos besar BMW M, Hyundai kini optimis bakal menjadi salah sebuah kuasa besar dunia dalam menawarkan kereta sports. 

Impian Hyundai? Mahu menjadi pesaing Porsche!

 


Menurut Albert ketika ditemubual oleh laman Evo berkata, divisyen N Hyundai mahu mengambil langkah evolusionari dengan membangunkan sebuah kereta berenjin tengah (mid-engine). 

Albert juga mengakui, walaupun secara asasnya mereka tiada sebarang halangan dari segi kewangan dan idea yang bakal dicurahkan, Hyundai N perlu sedar produknya perlu memiliki julat harga yang munasabah untuk dibandingkan dengan bakal pesaingnya.

 


"Jika saya rasa ini masa yang sesuai untuk menghasilkan sebuah produk yang mampu menyaingi Porsche, kami akan buat. Mungkin trenkuasa yang digunakan sedikit berbeza berbanding enjin konvensional Porsche, akan tetapi bagi kami, tiada masalah!"

Dalam masa yang sama, beliau turut mengakui divisyen N mempunyai beberapa model baharu yang kini dalam perancangan dan pembangunan, namun tiada sebarang info lanjut mengenainya buat masa ini. 

Dalam satu perkembangan lain, Albert turut mengesahkan bahawa jentera i30 N bakal menerima kemaskini yang besar, iaitu sistem transmisi klac berkembar automatik lapan nisbah kelajuan untuk tahun ini, manakala i30 N Project C pula hanya akan dihasilkan dalam konfigurasi pemanduan sebelah kiri dengan 600 unit terhad sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, Hyundai N bekerjasama dengan pengeluar rim Dymag serta pakar bahan komposit Hankuk…
Berita Global
Dari segi kuasa, Hyundai Ioniq 5 N membawakan konfigurasi dua motor elektrik, dengan jumlah kuasa…
Berita Global
Rupa sebenar Ioniq 5 N masih lagi berjaya disembunyikan disebalik pelekat samaran, namun Hyundai…