Porsche bakal pasang Macan, Cayenne di Malaysia - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, laman The Edge telah menerbitkan sebuah laporan berkenaan kemungkinan Porsche akan membangunkan sebuah kilang pemasangan kenderaan (CKD) di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan tersebut kemudian disusuli dengan sebuah artikel yang diterbitkan oleh Maybank Investment Bank Research yang menyebut pengeluar daripada Zuffenhausen itu dilaporkan akan memasang SUV Macan dan Cayenne di Malaysia.

Berdasarkan laporan yang dipetik oleh rakan media Paultan, difahamkan hanya model asas kedua-dua SUV itu yang akan dipasang di Malaysia.

Porsche Macan aras mula didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo EA888 yang menghasilkan 252 PS dan 370 Nm, sementara model asas Cayenne pula didatangkan dengan enjin bentangan V6 3.0 liter yang menghasilkan 340 PS dan 450 Nm.

Dengan langkah untuk memperkenalkan Porsche Macan dan Cayenne versi CKD di Malaysia, secara tidak langsung ia bakal menurunkan lagi harga jualan untuk kedua-dua model tersebut.

Secara perbandingan, harga jualan Porsche Macan di Malaysia bermula dari RM439,351 sementara model Cayenne pula bermula dari RM753,299, kedua-dua harga yang dinyatakan merupakan harga tanpa SST.

Menurut laporan daripada The Edge, Porsche akan bekerjasama dengan Inokom, sebuah subsidiari Sime Darby Motors untuk membangunkan sebuah kilang pemasangan kenderaan di Kulim, Kedah.

Selain daripada itu, Malaysia juga dikatakan bakal menjadi hab ASEAN bagi membolehkan Porsche mengeksport kenderaan ke negara-negara Asia Tenggara.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…