Porsche bakal perkenal platform EV tersendiri, tidak lagi gunakan platform VW

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen merupakan antara pengeluar yang aktif di dalam mengusahakan peralihan kepada EV, dan mereka juga baru-baru ini mengumumkan pembangunan platform Scalable System Platform yang bakal menjadi asas kepada pelbagai jenis model EV pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, platform ini tidak akan menjadi sebahagian daripada model Porsche, disebabkan Porsche akan membangunkan platform tersendiri.

Menurut laporan daripada Automotive News Europe, Porsche dikatakan membangunkan senibina Premium Platform Electric (PPE) dan model pertama yang bakal lahir adalah Macan EV.

Platform PPE ini juga akan menjadi asas kepada beberapa model, termasuklah model daripada Audi seperti Q6 E-Tron.

 


Porsche dan Audi telah pun membangunkan PPE sejak tahun 2018 lagi, di mana tidak seperti platform SSP yang bakal menjadi asas kepada model arus perdana, PPE pula akan menjadi asas kepada model-model premium, termasuklah model Bentley.

Sebelum ini, Porsche membangunkan dua buah model Taycan dan Taycan Cross Turismo daripada platform J1 yang dikongsi bersama Audi E-Tron GT.

Setakat ini tiada lagi informasi berhubung model baharu yang bakal menggunakan platform PPE, namun Audi dan Porsche merancang untuk menjual tujuh juta EV yang lahir daripada senibina tersebut.

Sesetengah daripada model Audi masih lagi akan menggunakan platform MEB daripada VW Group.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Avinya dalam bahasa Sanskrit membawa maksud inovasi, dan ia memperlihatkan visi Tata dalam mobiliti…
Berita Global
Sedar ataupun tidak, Triton generasi terkini sudah pun hampir mencapai penghujung hayat, dan sudah…
Berita Global
Model sedia ada juga tidak akan menerima sebarang kemaskini atau facelift sehingga tempoh tersebut…