Porsche beli saham Rimac Automobili, pengasas baru berusia 31 tahun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Perkembangan teknologi yang ada pada hari ini ibarat semua orang boleh menghasilkan kereta, bukan kereta biasa tetapi kereta sport kuasa elektrik. Ini boleh dilihat melalui pelbagai syarikat yang memperkenalkan model elektrik di pameran kenderaan antarabangsa.

Seorang pemuda bernama Mate Rimac misalnya memulakan projek kereta sport elektrik di dalam garaj pada tahun 2009. Beliau kini berusia 31 tahun dan pada Mac 2018 telah mempertontonkan kereta sport elektrik C Two di Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mate Rimac

 

Usaha beliau menarik perhatian syarikat besar dengan Porsche mengumumkan pemilikan pegangan berjumlah 15.5 peratus di dalam Rimac Automobili. Ini sebenarnya pembelian kedua selepas Porsche bermula dengan sepuluh peratus pemilikan pada Jun tahun lalu.

Pembelian terbaru ini adalah pengukuhan hubungan di antara kedua-dua syarikat. Syarikat yang berasal daripada Croatia tersebut terlibat dalam pembangunan dan pengeluaran komponen pengangkutan elektrik dan turut menghasilkan kereta sport elektrik.

Porsche menjalinkan hubungan dengan Rimac di atas dasar kenderaan elektrik dan saling mempelajari serta mahu meningkatkan kerjasama di dalam bidang teknologi bateri.

 

Rimac C Two

 

Rimac C Two yang dipertontonkan di Geneva mempunyai kuasa setinggi 2,000 PS dengan kelajuan maksimum 412 kilometer sejam.

Bukan sahaja berkuasa, kereta ini mampu bergerak sejauh 650 km (NEDC) dengan kapasiti pengecasan bateri sebanyak 80 peratus dalam masa setengah jam sahaja menggunakan pengecas pantas 250 kW.

Rimac juga mempunyai kepakaran dalam membangun dan mengeluarkan pemacu elektrik berprestasi tinggi dan sistem bateri.

 

Rimac C Two

 

Syarikat yang beroperasi di Zagreb ini mempunyai 550 pekerja. Fokus bisnes Rimac adalah pada teknologi bateri di dalam segmen voltan tinggi, nadi kuasa elektrik dan membangunkan antara muka di antara manusia dan mesin (HMI).

Rimac juga membangun dan mengeluarkan basikal elektrik dikenali sebagai Greyp Bikes yang ditubuhkan pada 2013.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…