Porsche Cayenne diuji dengan cara ekstrem! Facelift generasi ketiga bakal muncul tahun ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Semenjak pelancarannya pada 2017, generasi ketiga model Cayenne telah menerima pelbagai naik taraf yang mempengaruhi rangkaian kuasa, casis, reka bentuk, peralatan dan ketersambungannya secara konsisten.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut pengurus model Cayenne, Michael Schätzle berkata, "Ia adalah salah satu peningkatan produk yang paling meluas dalam sejarah Porsche".

 

2

 

Menurut Porsche, jurutera di Porsche Development Centre di Weissach telah membuat naik taraf besar pada sistem casis Cayenne, dengan penampilan casis separa aktif yang baharu.

Ianya dikatakan untuk memperoleh hasil lebih besar di antara prestasi biasa Porsche atas jalan, keselesaan jarak jauh dan keupayaan off-road.

 

3

 

Cayenne baharu itu juga bakal didatangkan dengan teknologi pencahayaan inovatif dalam lampu depan LED HD-Matrix bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan.

Pengurus ujian, Ralf Bosch berkata, "Kami menghasilkan Cayenne baharu di dalam program ujian yang lengkap dan menyeluruh, seolah-olah kami telah membangunkannya dari awal,"

 

5

 

Dengan pelbagai teknologi baharu, ujian yang rumit dan terperinci telah dilakukan bagi menala semua komponen dengan sempurna, yang kebanyakannya merupakan teknologi baharu sepenuhnya.

Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan oleh Porsche, model Cayenne telah diuji dengan pelbagai lokasi dengan keadaan ekstrem.

 

6

 

Untuk ujian ketahanan kegunaan harian, Cayenne telah diuji dengan jarak merangkumi 200,000 km perjalanan di trafik bandar, jalan desa dan lebuh raya dalam masa beberapa bulan.

Bagi meningkatkan lagi tahap ujian kualiti dan ketahanan, prototaip Cayenne telah diuji dengan pelbagai zon iklim berbeza di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Utara yang merangkumi lebih 4 juta km jarak ujian!

 

7

 

Selain model 911 Dakar, facelift Cayenne ini merupakan antara model penting untuk Porsche pada tahun 2023 dan bakal didedahkan pada suku kedua tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada jumlah tersebut, 36,574 unit telah diserahkan kepada pelanggan di Eropah, dengan kenaikan…
Berita Domestik
Sejak perasmian kemudahan pemasangan tempatan pertama untuk Porsche di luar Eropah pada Mac 2022,…
Berita Global
Luaran   Lampu LED Matrix ditukar kepada bentuk yang lebih "tajam" sementara hud enjin serta…