Namun yang pasti, kejayaan model Porsche Cayenne sebenarnya sudah cukup untuk memberikan momentum yang kuat buat Porsche untuk meneruskan pembangunan kereta-kereta sports sehingga sekarang.
Sehingga kini masih lagi terdapat sebilangan besar Porsche Cayenne generasi pertama yang melata atas jalan raya, dan ini sudah cukup untuk Porsche untuk menawarkan kejutan buat para pemilik.

Menerusi divisyen Porsche Classic, mereka kini menawarkan tiga set decal klasik untuk dipasangkan pada badan Cayenne, iaitu Hunt, Adventure dan Rallye yang direka khas oleh Style Porsche.
Menurut Eduard Reichert dari Pengurusan Produk dan Kualiti di Porsche Classic berkata, "kereta ini (Cayenne) mempunyai karakter sebenar, kami telah pun melihat contoh di mana para pemilik membuat modifikasi terhadap kenderaan mereka seperti khemah bumbung, penambahan lampu, serta tayar all-terrain.
"Kami akan mula menawarkan peluang kepada mereka untuk melengkapkan kenderaan mereka dengan cara yang lebih unik, tersendiri dan juga sporti.

Pada ketika ini, Porsche Classic sedang menguji aksesori original yang akan ditawarkan pada generasi pertama Cayenne seperti alas lantai, tray kargo, set roda, kotak storan bumbung, dan bermacam-macam lagi, di mana Porsche turut menyebut, "kemungkinan adalah hampir tiada batasan".