Porsche dedah rekaan papan pemuka Cayenne 2024, ada skrin tambahan untuk penumpang

oleh Mohamad Hanif|
SUV Porsche Cayenne dijangka akan menerima kemaskini pertengahan kitaran pada tahun ini, dan antara ciri menarik yang bakal ditampilkan ialah rekaan papan pemuka serba baharu yang lebih digital.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Susun atur papan pemuka serba baharu ini diinspirasikan daripada Porsche Taycan, menampilkan skrin kluster digital 12.6 inci menggantikan penggunaan takometer analog, diikuti dengan skrin tengah Porsche Communication Management (PCM) bersaiz 12.3 inci dan opsyen skrin ketiga bersaiz 10.3 inci untuk penumpang hadapan.
 

Cayenne


Biarpun beralih kepada skrin digital sepenuhnya, Porsche masih lagi mengekalkan rekaan meter berbentuk bulat klasik bagi memudahkan pemandu membaca info-info penting.

Rekaan roda stereng juga serba baharu yang dipinjamkan daripada Porsche 911, di mana terdapat tombol pemilihan mod pemanduan disertakan (Normal, Offroad, Sport dan Sport Plus).
 

Cayenne


Sementara kedudukan tombol gear telah dialihkan ke papan pemuka - sama seperti Taycan - bertujuan untuk membebaskan lebih banyak ruang pada konsol tengah.

Ruang yang sepatutnya digunakan oleh tombol gear telah digantikan dengan panel kawalan suhu kabin yang agak besar di mana ia mengekalkan butang fizikal yang mudah untuk dicapai yang digandingkan dengan butang sensitif sentuhan dan maklum balas haptik.
 

Cayenne


Selain itu, Porsche Cayenne 2024 turut didatangkan dengan ciri ruang storan peranti pintar dengan fungsi penyejukan dan pengecasan induktif 15W, empat slot USB-C, sokongan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, dan tidak ketinggalan aplikasi terbina dalam seperti Spotify dan Apple Music.

Terdapat juga fungsi In-Car Video yang membolehkan kandungan multimedia ditonton secara terus menerusi kedua-dua skrin, namun paparan  video tersebut akan dihadkan kepada skrin sebelah penumpang sahaja semasa pemanduan untuk tujuan keselamatan.
 

Cayenne


Porsche Cayenne 2024 versi facelift bakal membuat kemunculan rasmi pada 18 April ini di Shanghai Auto Show.