Porsche Design perintis trend dial jam tangan berwarna hitam

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat banyak rekaan muka jam yang wujud di dalam pasaran yang mampu membuatkan anda rambang mata, namun tahukah anda jam tangan dengan rekaan dial berwarna hitam merupakan antara rekaan yang popular pada masa kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia sebenarnya bukanlah lahir daripada inovasi bahan atau trend fesyen, akan tetapi idea ini sebenarnya berasal daripada salah seorang daripada anak Ferry Porsche, iaitu Ferdinand Alexander Porsche.

 

jam


Beliau bersama abangnya Hans-Peter membangunkan Porsche Design pada tahun 1972 dan projek pertama mereka adalah untuk menghasilkan jam tangan edisi terhad Chronograph 1.

Pada waktu itu, dial jam berwarna putih merupakan rekaan yang sangat popular, namun F.A Porsche memilih untuk menggunakan dial berwarna hitam kusam.
 

Porsche Design


Beliau mendakwa, kombinasi rekaan dial hitam dengan nombor putih, jarum jam dan minit berwarna kuning, serta jarum saat merah menjadikan jam lebih mudah dibaca tanpa mengira faktor pencahayaan.

Ternyata, rekaan F.A Porsche itu menjadi sangat popular bukan sahaja di kalangan lagenda sukan permotoran, malah ia turut menjadi pilihan pelakon terkenal.
 

Porsche Design


Disebabkan populariti Chronograph 1, Porsche membuat keputusan untuk menghasilkan semula jam tangan tersebut bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 pada tahun lalu.

Ia masih lagi mengekalkan saiz diameter 41 mm namun bahan keluli asal telah digantikan dengan titanium yang lebih tahan lasak, ringan dan tahan karat.

Sistem pergerakan jam Chronograph 1 itu menggunakan Porsche Design Calibre WERK 01.140 yang dibangunkan secara dalaman oleh Porsche Design.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Perasmian model tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance,…
Berita Global
Boleh dikatakan, 911 S/T ini menggandingkan elemen yang wujud pada model 911 GT3 Touring Package…
Gaya Hidup
Jika dilihat dengan teliti, rekaan jam tangan ini sememangnya merupakan satu penghormatan kepada…