Porsche edar 221,512 unit untuk 9 bulan pertama, Cayenne model paling laris

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, Porsche telah berjaya mengedarkan kira-kira 221,512 unit kenderaan atau peningkatan sebanyak 2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Benua Eropah mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus, dengan 42,204 unit kenderaan telah berjaya diedarkan dan 20,850 unit daripadanya diperuntukkan untuk pasaran Jerman.

China masih lagi mengungguli carta sebagai pasaran tunggal terbesar dengan 68,766 unit kenderaan, namun angka tersebut menurun 1 peratus disebabkan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di negara tersebut.
 

POrsche


Daripada jumlah keseluruhan, Porsche Cayenne merupakan model yang kekal popular di kalangan pelanggan Porsche (66,769 unit), diikuti Porsche Macan (59,604 unit).

Kereta sports ikonik 911 terus mencapai peningkatan populariti dengan 30,611 unit telah diedarkan (peningkatan 9 peratus), semetnara Porsche Panamera pula mencatatkan angka 25,452 unit.

Masalah kekangan bekalan komponen menyebabkan penjualan kenderaan elektrik Taycan menurun 12 peratus kepada 25,073 unit.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model baharu ini diposisikan antara model Cayenne E-Hybrid dan Cayenne Turbo E-Hybrid, serta boleh…
Berita Global
Untuk penawaran terbaharu ini, Porsche telah menggugurkan huruf 'S' bagi meringkaskan lagi nama…
Berita Global
Anda perlu rasa beruntung kerana dalam dunia ini terdapat beberapa pihak yang memiliki kepakaran…