Porsche kemaskini emblem ikonik - lebih minimalis

oleh Mohamad Hanif|
Setelah menjalani proses 'pembangunan' selama tiga tahun, Porsche akhirnya mendedahkan kemaskini yang dibuat terhadap logo emblem ikonik mereka, bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-75.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti emblem terdahulu, terdapat beberapa perubahan kecil yang dibuat seperti kehadiran perkataan "STUTTGART" berwarna hitam di bahagian tengah sementara posisi loncatan kaki kuda yang lebih tinggi.
 

Porsche


Struktur bonjolan yang menguasai hampir keseluruhan emblem terdahulu telah dilicinkan sepenuhnya, sebelum ditambah dengan elemen sarang lebah pada bahagian jalur merah yang mengingatkan kita kepada sulaman gentian karbon.

Logo Porsche yang kita kenali sekarang ni telah pun digunakan sejak tahun 1952 lagi, di mana kemaskini telah diperkenalkan pada tahun 1954, 1963, 1973, 1994 dan 2008.

Menurut Porsche, emblem yang telah dikemaskini itu akan muncul pada barisan kenderaan mereka pada akhir tahun 2023.

 

Porsche

 

Berikut merupakan beberapa fakta ringkas berkenaan emblem ikonik Porsche:


1. Logo kuda di tengah datangnya daripada meterai bandar Stuttgart.
2. Gandingan warna hitam dan merah, serta tanduk rusa bergaya itu diperoleh daripada jata tradisional Württemberg-Hohenzollern
3. Logo asal Porche dihasilkan oleh seorang pereka, Franz Xaver Reimspieß yang turut sama menghasilkan logo Volkswagen pada tahun 1936.
4. Emblem Porsche telah dilindungi sebagai sebuah tanda dagang sejak tahun 1952.
5. Pengenalan logo klasik baharu Porsche turut tertakluk di bawah ujian menyeluruh bagi membolehkannya memenuhi standard kualiti yang tinggi - termasuklah ujian kitaran iklim di Porsche Development Centre, Weissach.

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara pembaharuan yang bakal dibuat ialah dengan menampilkan lambang Porsche dalam kemasan warna…
Berita Global
Dalam satu kempen panggil semula yang dikeluarkan oleh General Motors, mereka memanggil semula 30…
Berita Global
Kini, logo retro tersebut dijelmakan semula sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula Peugeot…