Porsche kini jual aiskrim, inspirasi daripada palet warna kereta sebenar!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan Hari Aiskrim Nasional (17 Julai), Porsche mengambil kesempatan menghasilkan aiskrim pop yang diinspirasikan daripada palet warna yang popular dari jenama itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama dengan syarikat konfeksioneri Chicago Pretty Cool Ice Cream, Porsche menawarkan beberapa perisa menarik (siap dengan kod warna lagi!) seperti:

  • Mint Green - kombinasi biskut pudina hijau, aiskrim krim dengan salutan coklat putih hijau pudina
  • Strawberry Red - aiskrim keju krim yang disalut strawberi, diperbuat daripada buah strawberi kering beku sebenar
  • Macademia Metallic - aiskrim makademia panggang di dalam salutan coklat makademia metalik berkilau
  • Frozen Berry Metallic - aiskrim rapsberi hitam dalam salutan coklat Ruby berwarna beri beku berkilau
  • Lime Gold Metallic - aiskrim pai limau nipis dalam salutan karamel berwarna emas limau berkilau.

 

Porsche


"Ia merupakan satu projek yang sangat menarik, dan kami harap ia dapat mengukirkan senyuman, sama seperti warna-warna kustom yang terdapat pada semua kereta kami," ujar naib presiden pemasaran Porsche Cars North America, Ayesha Coker.

"Pretty Cool Ice Cream begitu teliti dan bersemangat untuk menghasilkan warna yang tepat, serta perisa yang sangat lazat untuk dipadankan. Kami berharap peminat Porsche dari semua peringkat umur dapat menikmati aiskrim ini seperti terujanya kami dalam mencipta aiskrim ini.
 

Porsche


Produk aiskrim warna kustom ini akan ditawarkan secara rasmi oleh Pretty Cool Ice Cream di Chicago pada Hari Aiskrim Nasional pada 17 Julai, dan bakal didapati di beberapa acara pengedar Porsche terpilih pada tahun ini.

Ini ternyata satu projek yang sangat menarik datang daripada jenama Porsche, dan mungkin untuk pasaran Malaysia mereka boleh menjalinkan kerjasama dengan syarikat tempatan untuk menghasilkan perisa yang lebih dekat dengan para peminatnya di sini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…