Porsche labur RM316 juta, perkukuh komitmen penghasilan bahan api sintetik

oleh Mohamad Hanif|
Porsche merupakan antara pengeluar automotif yang giat berkecimpung di dalam pembangunan bahan api sintetik (eFuel) yang lebih mesra alam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaharu, syarikat Jerman itu mengumumkan pelaburan terkini bernilai $75 juta (RM316 juta) di dalam HIF Global LLC - sebuah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan fasiliti produksi eFuel di Chile.

Kilang perintis Haru Oni eFuel yang terletak di Punta Arenas, Chile merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh HIF Global LLC.

Bahan api sintetik ini dihasilkan daripada hidrogen dan CO2 menggunakan tenaga angin yang dijangka akan bermula pada pertengahan 2022 dengan kerjasama Siemens Energy dan ExxonMobil.

Penggunaan eFuel ini dikatakan membenarkan enjin pembakaran dalaman untuk beroperasi dalam keadaan neutral CO2, menjadikannya lebih mesra alam sama seperti kenderaan elektrik (EV).
 

eFuel


Porsche juga sebelum ini telah pun menguji keberkesanan bahan api sintetik di dalam perlumbaan sejak tahun 2021 lagi menerusi acara perlumbaan Porsche Mobil 1 Supercup.

Menurut Barbara Frenkel, ahli lembaga pengarah eksekutif perolehan Porsche AG berkata, "EFuels mampu menyumbang kepada perlindungan iklim dan melengkapkan mobiliti elektrik kami dengan cara yang lebih bermakna.

"Dengan melabur di dalam produksi eFuel, Porsche akan terus mengembangkan komitmennya ke arah mobiliti yang lebih lestari. Secara keseluruhan, nilai pelaburan di dalam pembangunan teknologi inovatif ini adalah lebih daripada US$100 juta," ujarnya lagi.

 

 


Selain daripada sukan permotoran, Porsche juga akan turut menggunakan bahan api sintetik ini pada masa depan untuk kenderaan-kenderaan ICE - ketika pengisian kali pertama di kilang serta di Porsche Experience Centre.

Baca: Porsche uji eFuel dalam perlumbaan

Baca: Porsche yakin eFuel akan digunakan pada masa akan datang

Baca: eFuel Porsche - beri sinar baru buat pembenci EV

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…