Porsche lancar model aras mula 911 Carrera & Carrera Cabriolet - 379 hp, 449 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan lalu, Porsche 911 Carrera S dilancarkan secara rasmi dan pasaran Malaysia turut menerima tempiasnya dengan pelancaran generasi kelapan pada pertengahan bulan yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika anda merasakan Porsche 911 Carrera S dan Carrera 4S terlalu pantas, usah risau kerana Porsche kini melancarkan model standard atau aras mula untuk kereta sports ikonik itu. 

Didatangkan dalam dua bentuk iaitu 911 Carrera standard dan Carrera Cabriolet, kedua-duanya hadir dengan penawaran enjin 3.0 liter flat-six turbo berkembar yang mampu menghamburkan 379 hp dan 449 Nm daya kilas. 

 


Jika Carrera S mampu memecut sepantas 3.3 saat (0-100 km/j), 911 Carrera standard pula ketinggalan 0.7 saat di belakang, iaitu sekitar 4.0 saat (masih pantas sebenarnya!).

Dengan penambahan Sport Chrono Package, anda boleh mengurangkan masa pecutan kepada 3.8 saat dari pegun sebelum mencapai 100 km/j. 

Manakala 911 Carrera Cabriolet pula sedikit berat, dan ini memberikan kesan kepada pecutan sepantas 4.2 saat (atau 4.0 saat dengan pakej Sport Chrono). 
 


Dari segi luaran dan juga dalaman, sukar untuk dibezakan antara 911 Carrera standard dan 911 Carrera S. 

Varian baharu Carrera ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi termaju seperti Porsche Active Suspension (dengan mod Normal dan Sport), serta ciri mod Wet untuk kegunaan ketika jalan raya yang basah. 

Bagi mereka yang mahukan lebih, boleh mendapatkan ciri opsyen Porsche Ceramic Composites Brakes serta penawaran rim bersaiz 20 dan 21 inci yang hadir daripada Carrera S. 
 


Harga jualan pula bermula dari $98,750 (RM407,342) manakala model Carrera Cabriolet pula sedikit mahal, iaitu $111,550 (RM460,141). 

Sebagai perbandingan, harga jualan Carrera S di luar bermula dari $114,650 (RM472,929) dan di Malaysia anda perlu membayar sejumlah RM1,150,000.00 untuk memiliki sebuah 911 Carrera S. 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun, pegasas kepada jenama Aimé Leon Dore, Teddy Santis rupa-rupanya merupakan seorang pemilik…