Porsche lancar tempat duduk bucket guna cetakan 3D untuk 911, Boxster & Cayman

oleh Mohamad Hanif|
Porsche mula memanfaatkan teknik penghasilan menggunakan pencetakan tiga dimensi (3D printing) untuk menghasilkan komponen penting automotif, seperti contoh omboh enjin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, teknologi yang sama digunakan untuk menghasilkan sebuah lagi komponen penting dalam kereta, iaitu tempat duduk jenis bucket!

Proses penghasilan tempat duduk menggunakan pencetakan 3D ini bukanlah sekadar buat dan jual, akan tetapi Porsche turut menggunakan khidmat beberapa orang pelumba dan pemandu uji jentera Porsche untuk menguji sendiri tempat duduk ini sebelum ia dijual kepada umum.
 

Porx


Bukan sekadar menampilkan reka bentuk yang unik, Porsche turut menyebut rekaan seksyen tengah ini merupakan komponen utama yang dihasilkan menggunakan pencetakan tiga dimensi bersama-sama dengan kusyen dan juga backrest.

Bahagian tengah ini boleh diperbuat daripada bahan dengan tiga gred ketegaran yang berbeza (mengikut keperluan pembeli).
 

Porsche


Menurut pemandu uji Porsche Lars Kern menjelaskan, "ketika ujian awal, saya amat kagum dengan aspek ergonomik - posisi tempat duduk yang sedikit rendah dan sokongan bawah peha yang dipertingkat merupakan antara aspek yang sama didapati daripada tempat duduk tipikal jentera perlumbaan.

"Sokongan ventilasi pasif juga sangat impresif," katanya.

Tempat duduk baharu ini boleh didapati menerusi divisyen Porsche Tequipment untuk model-model seperti Boxster, Cayman dan juga 911.
 

porsche


Namun bermula Februari tahun depan, tempat duduk ini boleh didapati menerusi Porsche Exclusive Manufaktur dan diintegrasikan dalam ciri configurator kereta baharu dalam talian Porsche.

Porsche menjanjikan tempat duduk baharu ini boleh dipasang secara retrofit pada kenderaan Porsche sedia ada, malah ia juga boleh digunakan pada bahagian tempat duduk penumpang pada sesetengah model.

Baca: Porsche hasilkan omboh guna teknik 3D printing

Baca: Teknik 3D Printing ada potensi besar - Porsche
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…