Porsche Macan elektrik baharu kini dibuka untuk tempahan - jarak gerak hingga 613KM

oleh Firdaus Razani|
Sime Darby Auto Perfomance selaku wakil jualan Porsche Malaysia baharu sahaja mengumumkan bahawa pra-pesanan untuk Macan serba kuasa elektrik baharu telah dibuka secara rasmi.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

10 tahun selepas pelancaran generasi pertama, Macan generasi baharu ini merupakan model pertama yang diambil daripada model sedia ada dan dikemaskini daripada enjin pembakaran dalaman kepada rangkaian elektrik sepenuhnya.

 

macan

 

Macan Turbo baharu bertujuan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan pelanggan Porsche yang memilih SUV tambahan ia mempunyai ciri praktikaliti dan karakter prestasi Porsche.

 

macan

 

Saiz komponen bateri yang agak besar menjadi cabaran kerana memerlukan lebih ruang dan boleh menganggu nisbah lebar-ke-tinggi serta aerodinamik memainkan peranan yang besar dari segi rangkaian kereta ini.

 

macan

 

Dengan kerjasama pasukan pereka dan jurutera, Porsche berjaya menggabungkan DNA reka bentuknya dengan aerodinamik yang dioptimumkan dan mencapai bukan sahaja melalui siluet yang menarik tetapi juga melalui komponen Porsche Active Aerodynamics (PAA).

 

macan

 

Buat pertama kalinya, Macan baharu ini dibina diatas platfrom Premium Platform Electric (PPE) baharu yang menampilkan Bateri HV sebagai komponen utama dengan seni bina 800 volt.

Dengan menggunakan platform itu, ia membolehkan pengecasan pantas berprestasi tinggi sehingga 270kW yang boleh mengecas daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa 21 minit. 

 

macan

 

Macan generasi baharu ini menggunakan pek bateri litium-ion berkapasiti 100 kWj yang boleh digunakan sehingga 95 kWj secara aktif untuk memberi kuasa pada dwi-motor elektrik kenderaan.

Mengikut kitaran data WLTP, Macan 4 mampu mencapai jarak operasi sejauh 613km dan untuk Macan Turbo mampu mencapai jarak sejauh 591km.

 

macan

 

Dengan kombinasi Launch Control, Macan 4 mampu menghasilkan kuasa sehingga 408hp dan tork maksimum sebanyak 650Nm yang membolehkan ia memecut dari 0-100km/j dalam 5.2 saat.

Manakala bagi Macan Turbo, ia mampu memberi kuasa yang lebih tinggi iaitu sebanyak 639hp dan tork maksimum mencecah 1,130 Nm yang mampu memecut 0-100 km/j dalam 3.3 saat.

 

macan

 

Untuk dimensi Macan baharu ini, ia adalah lebih panjang daripada model sebelum ini dengan ukuran 4785mm termasuk juga jarak antara roda yang menjangkau 2893mm, 86mm lebih panjang dari model sebelum ini.

Ciri-ciri yang ada pada SUV ini adalah, pembezaan belakang pengunci elektronik pada Turbo, dan buat pertama kali pada Macan, ia terdapat pilihan sistem stereng gandar belakang (rear-axle) yang boleh bertukar sehingga lima darjah dan membenarkan bulatan pusingan sekitar 36 kaki.

 

macan

 

Model Macan tampil dengan air suspension, yang juga standard pada Turbo dan dilengkapi dengan kawalan redaman elektronik Porsche Active Suspension Management (PASM) yang juga boleh digabungkan dengan suspensi spring keluli sebagai pilihan.

Tambahan, PASM kini turut menampilkan peredam dengan teknologi dua injap yang menghasilkan spektrum lebih luas antara keselesaan dan prestasi.

 

macan

 

Untuk ciri-ciri dalaman, ambien pencahayaan dalaman boleh menunjukkan pelbagai fungsi seperti pengecasan, komunikasi dan makluman bantuan pemandu serta ia menggunakan tempat duduk tanpa kulit dan bahan kitar semula untuk bahagian dalaman lain.

 

macan

 

Ruang dalaman Macan menampilkan kluster digital 12.6 inci dan skrin sentuh 10.9 inci yang mempersembahkan sistem infotainmen berasaskan Android, termasuk Apple CarPlay.

Sistem infotainmen generasi baharu itu adalah berdasarkan Android Automotive OS dan Porsche Communication Management (PCM) standard dalam Macan baharu membawa prestasi pengkomputeran ke tahap baharu.

Contohnya, pembantu suara "Hey Porsche" mencadangkan laluan, termasuk hentian pengecasan serta merta.

 

macan

 

Melalui Porsche App Centre baharu, penumpang boleh mengakses terus aplikasi popular daripada pembekal pihak ketiga dan memasangnya terus dalam Macan baharu.

Tambahan itu, buat pertama kalinya, Porsche Driver Experience turut menyertakan head-up display dengan teknologi realiti tambahan.

 

macan

 

Elemen maya seperti anak panah navigasi disepadukan secara visual dengan lancar ke dalam dunia nyata dimana mej itu muncul kepada pemandu pada jarak 10 meter dan sepadan dengan saiz paparan 87 inci.

Harga jualan rasmi untuk pasaran Malaysia masih belum didedahkan lagi buat masa kini, namun, tempahan telahpun dibuka dan boleh dilakukan di Porsche Centre berdekatan.

 

macan

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sepuluh tahun selepas pelancaran generasi pertama, Macan generasi baharu ini merupakan model…
Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Menurut Michael Steiner, anggota Lembaga Eksekutif Unit Pembangunan Dan Penyelidikan Porsche AG,…