Porsche Mobil 1 Supercup beraksi hujung minggu ini dengan eFuel dari ExxonMobil

oleh Mohamad Hanif|
Musim baharu perlumbaan Porsche Mobil 1 Supercup bakal berlangsung pada hujung minggu ini bersempena dengan GP Monaco pada 23 Mei 2021 menampilkan Porsche 911 GT3 Cup generasi 992.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga bertindak sebagai platform pengujian bahan api yang boleh diperbaharui, dikenali sebagai eFuel (Esso Renewable Racing Fuel) buat kali pertama untuk disuap ke dalam enjin perlumbaan berkuasa 510 hp itu.

Kerjasama antara Porsche dan ExxonMobil merupakan strategi dua fasa dalam memperkenalkan penggunaan bahan api yang boleh diperbaharui di dalam Porsche Mobil 1 Supercup.

 


Musim perlumbaan 2021 menyaksikan jentera lumba dikuasakan oleh campuran bahan api berasaskan bio yang diperoleh daripada produk sisa makanan, manakala pada tahun 2022 pula mereka akan memperkenalkan eFuel yang dihasilkan secara sintetik di fasiliti Haru Oni, Chile.

Bahan api Esso Renewable Racing Fuel ini dijangka mampu mengurangkan emisi gas hijau sehingga 85 peratus apabila digandingkan dengan bahan api standard di pasaran untuk kegunaan kenderaan penumpang.

Pusingan pembukaan Porsche Mobil 1 Supercup bakal berlangsung pada 23 Mei 2021 jam 10.30am CEST (4.30 pm waktu Malaysia) dan boleh disaksikan menerusi saluran Eurosport, Sky Sport serta khidmat penstriman f1tv.formula1.com atau mana-mana media sosial Porsche seperti Twitter (@PorscheSupercup / @PorscheRaces), Instagram (@PorscheSupercup) dan Facebook (@PorscheSupercup).

 


Berikut merupakan spesifikasi ringkas jentera lumba Porsche 911 GT3 Cup (992)
Enjin: enjin flat-six 3,996 cc aspirasi natural
Kuasa: 510 hp @ 8,400 rpm, daya kilas 470 Nm @ 6,150 rpm
Transmisi: enam kelajuan jenis sekuential dog-type, paddle shifter
Suspensi: depan double-wish bone, belakang multi-link
Sistem brek: depan angkup aluminium monobloc enam omboh, rotor 380 mm berventilasi, belakang angkup aluminium monobloc empat omboh, rotor 380 mm
Casis: rekaan bahan komposit keluli aluminium, sangkar keselamatan, sayap belakang CFRP dengan cagak leher angsa, sel bahan api FT3 110 liter.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ujian terhadap eFuel itu sebenarnya telah pun bermula sejak semalam lagi (30 Mac) di litar…