Porsche Motorsport rasmi bekal enjin kepada Singer

oleh Mohamad Hanif|
Singer Vehicle Design merupakan satu nama yang tidak asing lagi dikalangan para peminat Porsche, dan kepakaran mereka kini diiktiraf sendiri oleh pengeluar kereta sports Jerman itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Top Gear, Porsche Motorsport North America sendiri dilaporkan akan membekalkan enjin-enjin flat-six untuk kegunaan projek restorasi Singer, serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Ini jelas dan nyata merupakan satu penghormatan besar, serta pengiktirafan yang diberikan oleh Porsche sebagai menghargai hasil kerja yang ditunjukkan oleh Singer sebelum ini.

Porsche Motorsport sebelum ini telah bekerjasama dengan beberapa pasukan perlumbaan dan pihak ketiga, namun kerjasama terbaharu ini merupakan satu kolaborasi yang memfokuskan khusus kepada pemasangan enjin yang dibina semula.

Malah, Singer dalam satu kenyataan mengesahkan: "karakteristik enjin - yang menjadi tunjang utama setiap kereta Singer - akan terus ditentukan oleh spesifikasi Singer."

Setiap enjin yang dibekalkan kepada Singer akan dipasang di ibu pejabat Porsche Motorsport North America.

Dalam pada itu, perjanjian yang termeterai antara Porsche dan Singer ini tidak melibatkan produk Singer DLS (Dynamic and Lightweight Study), di mana DLS ini akan berterusan menjadi medan ujian untuk modifikasi enjin sejukan udara dan dihasilkan oleh Williams Advanced Engineering di UK.

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Porsche dikatakan memulakan pembangunan jentera lumba 911 GT3 Cup ini semenjak awal tahun 2019 lagi…