Porsche mulakan produksi bahan api sintetik (eFuel) di Chile

oleh Mohamad Hanif|
Komited dengan usaha untuk mengurangkan emisi CO2, Porsche dilapor sudah pun memulakan penghasilan bahan api sintetik yang dikendalikan oleh syarikat Highly Innovative Fuels (HIF) di Punta Arenas, Chile.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Fasiliti Haru Oni tersebut dibuka secara rasmi oleh Menteri Tenaga Chile, Diego Pardow dan disaksikan oleh ahli lembaga eksekutif Porsche Barbara Frenkel dan Michael Steiner.

Dalam majlis tersebut, mereka turut melakukan upacara pengisian bahan api sintetik pertama pada Porsche 911 dengan menggunakan eFuel yang dihasilkan di kilang tersebut.
 

Porsche


Lokasi kilang tersebut yang strategik menawarkan kondisi yang ideal untuk produksi eFuel, disebabkan keadaan angin yang bertiup sekitar 270 hari dalam masa setahun yang membolehkan turbin angin beroperasi pada kapasiti penuh.

Penggunaan tenaga angin ini secara tidak langsung menyumbang kepada pengurangan emisi CO2 hampir sifar untuk menghasilkan bahan api sintetik tersebut.

Fasa pertama bakal menyaksikan sekurang-kurangnya 130,000 liter eFuel akan dihasilkan sepanjang tahun yang akan digunakan untuk perlumbaan Porsche Mobile 1 Supercup serta digunakan di Porsche Experience Centre.
 

Porsche


Porsche menyasarkan penghasilan kira-kira 55 juta liter setahun menjelang pertengahan dekad ini, dan mampu mencapai kapasiti sehingga 550 juta liter eFuel setiap tahun.

Menurut Barbara Frenkel, ahli lembaga eksekutif perolehan di Porsche AG berkata, "Porsche komited terhadap e-mobiliti dan eFuel sebagai teknologi pelengkap. Menggunakan eFuel mampu mengurangkan emisi CO2.

Michael Steiner, ahli lembaga eksekutif penyelidikan dan pembangunan Porsche AG menambah, "bahan api sintetik (eFuel) mempunyai potensi besar. Terdapat lebih daripada 1.3 bilion kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman di selurun dunia.

"Kebanyakan kenderaan ini akan berada di atas jalan untuk tempoh beberapa dekad, dan eFuel menawarkan alternatif hampir neutral karbon kepada pemilik kereta sedia ada.

"Sebagai pengeluar enjin yang cekap dan berprestasi tinggi, Porsche mempunyai pengetahuan yang meluas di dalam bidang bahan api," jelasnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…