Porsche Panamera generasi terbaharu ini telah berjaya mencatat rekod baharu bagi kereta eksekutif di Litar Nurburgring dengan catatan masa 7.24.172 minit, lima saat lebih pantas dari model Turbo S terdahulu.
Porsche tidak mendedahkan secara khusus versi Panamera yang mencatat rekod terbaharu ini, dan menurut pemandu ujian Lars Kern bahawa kereta itu mewakili model teratas yang akan datang.
Namun, ia berkemungkinan akan dinamakan sebagai Turbo S E-Hybrid, atau Turbo GT E- Hibrid, memandangkan ia menamakan pendahulunya sebagai versi Turbo S dan mengatakan ia dikuasakan oleh "enjin lapan silinder yang disokong secara elektrik”.
Tambahan, ia dilengkapi dengan suspensi Active Ride, yang memerlukan kuasa tambahan daripada sistem plug-in hibrid Panamera untuk beroperasi, jadi model baharu itu bukanlah mild-hibrid.
Lars Kern mencatat masa Panamera baharu ini dengan memecahkan rekod yang dibuatnya pada Julai 2020 di model sebelumnya iaitu Panamera Turbo S.
Namun selepas kurang dari empat bulan, rekod itu dipecahkan oleh Mercedes-AMG GT63 dengan pusingan 7.27.80 minit, tetapi kini Kern telah meletakkan Panamera baharu di atas dengan 3.63 saat lebih pantas.
Porsche dalam satu kenyataan berkata, Panamera yang mencipta rekod ini telah dilengkapi dengan tempat duduk set perlumbaan dan roll cage yang diperlukan sebab keselamatan.
Walaubagaimanapun, sebaliknya sama dengan versi bilik pameran, yang butirannya masih belum diumumkan.
Beberapa pilihan kilang telah dipasang termasuk Carbon Aerokit untuk keseimbangan aerodinamik yang lebih baik, tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 21 inci dan sistem Active Ride baharu.
Sistem Active Ride ialah pilihan pada Panamera yang lebih murah dan adalah kunci kepada masa pusingan yang lebih baik berbanding model sebelumnya, menurut Porsche.
Selepas enam tahun pembangunan, Active Ride, turut ditawarkan pada Porsche Taycan, menggunakan 'air spring' yang direka untuk kestabilan selekoh dan brek yang lebih pantas serta membolehkan pemanduan yang selesa pada kelajuan yang lebih perlahan.
Panamera yang tidak didedahkan versi ini, akan menjadi varian utama dalam barisan generasi baharu dan yang terakhir menggunakan enjin petrol.
Rangkaian teratas semasa ialah Turbo E-Hybrid pacuan semua roda, dikuasakan oleh petrol turbo berkembar 4.0 liter V8 dengan motor elektrik 187hp dan bateri 25.9kWj untuk jumlah output 670hp dan 930Nm.
Walaupun angka kuasa sebenarnya 20hp kurang daripada Turbo S E-Hybrid sebelumnya, tork naik 60Nm untuk tuntutan 0-100km/j 3.2 saat yang sama dan kelajuan tertinggi 315km/j dihadkan secara elektronik.