Porsche Panamera GTS 2025, 500 ps, 0 - 100 km/j 3.8 saat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Porsche Panamera GTS 2025
Porsche Panamera GTS 2025
Kereta empat pintu berprestasi untuk bawa keluarga kini ada varian baharu iaitu Porsche Panamera GTS.

GTS bermaksud Gran Turismo Sport dan model Porsche ini bertanggungjawab untuk menghidangkan ciri sporti tambahan dan keseronokan pemanduan maksimum.

Satu lagi tugas ialah memberikannya dalam praktikaliti harian. 

Dari situ Porsche membekalkannya dengan casis yang ditala untuk prestasi tingggi, pakej khusus SportDesign dan dalaman bermutu tinggi.
Porsche Panamera GTS 2025

 

Enjin 4.0 liter V8 birturbo telah dipertingkat dan penghantaran kuasa yang linear masih jelas dirasai walaupun pada kelajuan enjin lebih 6,000 rpm.

Kuasa yang dihasilkan meningkat 20 ps kepada 500 ps berbanding model dahulu. Pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya 3.8 saat dan kelajuan mencecah 302 km/j.

Sistem ekzos sport standard dibangunkan khusus untuk menghasilkan nada berkuasa tinggi dan berperasaan.

Ampaian udara dua injap kebuk berkembar dan PASM (Porsche Active Suspension Management) diberi talaan sporti.

 

Porsche Panamera GTS 2025

 

Badan sepuluh milimeter (mm) yang lebih rendah dan bar antigoleng yang diperkukuh menjadikan pemanduan lebih jitu.

Pengunci pembeza PTV Plus (Porsche Torque Vectoring) memastikan daya kilas dibahagi di antara roda secara optimum.

Pakej yang diberi menjadikan kereta lebih stabil selain mengurangkan anggulan (pitching) dan olengan pada keseluruhan julat kelajuan.

Di sebalik jamahan tersebut, Porsche memaklumkan pengurangan keselesaan tidak berlaku secara ketara.

 

Porsche Panamera GTS 2025

 

Dari segi gaya, GTS sememangnya tampil berbeza pada bahagian depan, lampu besar LED matrik HD dan lampu belakang gelap.

Logo GTS pada sisi dan belakang kereta warna hitam dan angkup brek merah turut menjadi identiti Panamera GTS.

Pakej Sport standard terdiri daripada riasan badan warna hitam satin kusam termasuk skirt sisi dan bingkai tingkap tepi.

Rim 21 inci nampak 'seketul' dalam warna Anthracite Grey dan muncung ekzos berwarna Gangsa Gelap.

 

Porsche Panamera GTS 2025

 

Pada bahagian dalam, Porsche menggunakan balutan Race-Tex ala suede untuk siling bumbung, perehat tangan, panel pintu dan panel tengah kerusi dengan 18 larasan.

Jika mahu yang lain, pelanggan boleh memesan pakej warna Carmine Red, Slate Grey Neo atau karbon kusam.

Lagi kelengkapan asas seperti sistem bunyi Bose®, pakej Sport Chrono dengan jam randik dan fungsi push-to-pass.

Porshce Panamera GTS hanya dikeluarkan dalam badan jarak roda pendek.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Porsche Panamera GTS 2025