Porsche rancang kempen recall Taycan di peringkat global

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan aduan sesetengah pemilik yang mendakwa mengalami masalah kehilangan kuasa ketika pemanduan, Porsche AG sedang merancang untuk mengadakan kempen panggil semula kereta elektrik Taycan di peringkat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah perisian yang dikatakan menjadi punca kepada sesetengah sedan elektrik yang mengalami masalah kehilangan kuasa secara tiba-tiba

Menurut berita Reuters yang memetik sumber yang enggan dikenali, langkah ini merupakan susulan siasatan yang dijalankan oleh agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) pada Mei lalu.

Difahamkan, pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa beberapa hari.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan berpunca daripada isu yang berbangkit, sementara wakil Porsche yang dihubungi oleh Reuters enggan memberikan sebarang komen.

Kisah Porsche dan permasalahan perisian Taycan bukanlah yang pertama berlaku di dalam sejarah kenderaan elektrik, di mana baru-baru ini Tesla juga turut mengumumkan kempen panggil semula disebabkan ciri kawalan jelajah yang teraktif dengan sendirinya dengan hanya menggunakan tuil penukaran gear.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…