Porsche tawar Roof Tent Experience - dalam Taycan Cross Turismo!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita baik buat mereka yang mahu merasai sendiri pemanduan elektrik dan praktikaliti yang ditawarkan pada model Porsche Taycan Cross Turismo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Porsche menawarkan program Roof Tent Experience berupa trip selama tiga hari dua malam ke dua lokasi, iaitu di Black Forest, Jerman atau melawat rantau Rhine-Hesse dengan kos sekitar €2,490 (err.. kalau tukar duit kita, RM11,440) untuk satu orang.
 

Roof tent


Kos yang disebutkan itu adalah termasuk perjalanan pergi/ke lapangan terbang Stuttgart, khemah bumbung beserta selimut dan bantal, peralatan aktiviti luar, makanan, dan kunci untuk membolehkan anda memandu sebuah Porsche Taycan Cross Turismo.

Untuk perjalanan ke Black Forest, peserta bakal menikmati pelbagai aktiviti luar seperti mendaki bukit, flying fox, berbasikal, stand-up paddleboarding (SUP) dan barbeku unggun api.
 

Roof


Trip ke Rhine-Hesse pula lebih menarik, di mana peserta akan dibawa melawat dan menikmati hidangan yang disediakan oleh chef bertaraf bintang Michelin, merasai wain, menikmati pemanduan di German Wine Route, serta melihat sendiri di sebalik tabir penghasilan wain.

Porsche menyediakan dua slot untuk trip ke Black Forest (17-19 Mei, 6-8 September 2022) dan satu slot untuk perjalanan ke Rhine-Hesse (31 Mei-2 Jun 2022), dan setiap kumpulan dihadkan kepada lapan peserta sahaja untuk satu-satu masa.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…