Porsche tawar tiga liveri klasik untuk Porsche 911 Dakar

oleh Mohamad Hanif|
Porsche baru-baru ini melancarkan sebuah varian Porsche 911 sebagai satu penghargaan dan kenangan terhadap jentera yang telah berjaya meraih kemenangan pertama di dalam sukan rali.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum Porsche memperoleh kemenangan pertama di dalam kejuaraan Rali Paris-Dakar pada tahun 1984, pengeluar itu telah pun menyertai kejuaraan East African Safari Rally pada tahun 1970-an.

Untuk para pemilik Porsche 911 Dakar, Porsche bakal menawarkan tiga pilihan liveri yang boleh dipadankan, merujuk kepada jentera yang telah menyertai rali pada tahun 1971, 1974 dan 1978.
 

911


Kesemua set liveri itu boleh ditempah menerusi Porsche Exclusive Manufaktur, sementara set decal Rallye 1971 dan Rallye 1974 pula boleh didapati menerusi Porsche Tequipment.

Set liveri Rallye 1971 itu mengambil inspirasi daripada jentera 911 yang dipandu oleh Sobiesław Zasada and Marian Bien dengan rekaan jalur sisi yang ringkas dan penambahan nombor perlumbaan 19.

Set Rallye 1974 turut membawakan pendekatan yang ringkas, di mana pada bahagian bahu kereta membawakan jalur biru.
 

911


Sementara set terakhir pula menghidupkan semula liveri ikonik Martini yang digunakan pada tahun 1978, dengan penampilkan warna gandingan jingga dan biru navy, serta penambahan nombor 14 pada bahagian pintu.

Porsche 911 Dakar membawakan nadi flat-six 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana kuasa setinggi 473 hp, di mana pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.2 saat.

Sayang sekali, varian ‘safari’ 911 ini tidak terdapat dalam versi manual, hanya dibekalkan dengan transmisi PDK lapan nisbah kelajuan yang memacu semua roda.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…