Porsche Taycan 2020 - varian Turbo & Turbo S, harga dari RM644 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali mendedahkan gambar-gambar teaser serta data teknikal spesifikasi model elektrik tersebut, Porsche akhirnya selamat melancarkan Taycan - sebuah kereta sports empat pintu EV pertama dari jenama tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ditawarkan dalam dua varian yang berkuasa, iaitu Turbo dan Turbo S di mana masing-masing mempunyai kuasa standard 616 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi dua nisbah kelajuan - satu untuk pecutan dan sebuah lagi gear untuk memastikan pengedaran dan penyimpanan kuasa yang lebih berkesan. 
 


Persoalan nama Turbo dan Turbo S akhirnya terjawab apabila Taycan diberikan ciri Overboost - peningkatan kuasa kepada 750 hp dan 850 Nm untuk varian Turbo dan peningkatan daya kilas sehingga 1,050 Nm untuk Turbo S. 

Dengan bantuan Launch Control, Taycan Turbo mampu memecut sepantas 3.0 saat dari 0-100 km/j dan varian Turbo S pula lebih pantas 0.4 saat (2.6 saat) dalam fasa pecutan yang sama, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 260 km/j. 
 


Sistem teras berkuasa 800 voltan dengan gandingan pek bateri 93.4 kWh membolehkan sistem pengecasan 270 kW mencapai 80 peratus kapasiti bateri dalam masa 22 minit setengah. 

Manakala sistem pengecasan pantas DC 150 kW pula hanya mengambil masa kira-kira 36 minit untuk mencapai kapasiti 80 peratus, manakala sistem pengecasan 9.6 kW (240 V) perlu menunggu sehingga 11 jam. 

Mengikut kitaran data WLTP, Porsche Taycan mampu mencapai jarak operasi sejauh 450 km untuk varian Turbo, dan 412 km untuk varian Turbo S.
 


Disebalik casis Taycan, Porsche menggunakan sistem kawalan tunjang bagi menganalisa dan menyelaras sistem aktif seperti suspensi udara adaptif, Porsche Active Suspension Management, Porsche Dynamic Chassis Control Sport (PDCC Sport) dan juga Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus).

Tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu Normal, Sport dan juga mod Range yang memberikan keutamaan kepada jarak operasi yang optimum mengikut keadaan semasa kenderaan. 

Seperti yang kami paparkan sebelum ini, ruang dalaman Porsche Taycan lebih memfokuskan kepada pemandu (driver focused) di mana terdapat sistem infotainmen bersaiz 10.9 inci, skrin paparan opsyen untuk penumpang dan juga ciri arahan suara "Hey Porsche" turut tersedia. 

 


Harga jualan pula bermula dari $153,310 (RM643,866) untuk varian Turbo dan bermula dari $187,610 (RM787,918) untuk varian Turbo S. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…