Porsche Taycan benam rekod Tesla Model S Plaid di Nurburgring, catatan masa 7:07.55!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Porsche Taycan varian prestasi tinggi berjaya mencatatkan rekod terpantas di Litar Nurburgring dengan catatan masa 7:07.55.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche yang paling pantas, mengalahkan rekod Porsche Taycan Turbo S yang terdahulu dengan perbezaan 26 saat.

 

taycan


Perbezaan 26 saat itu meletakkan Taycan pra-produksi ini berada sejauh 1.3 kilometer di hadapan Taycan Turbo S atas litar sepanjang 20.8 km itu.

Malah, Taycan baharu itu juga turut membenamkan rekod yang dicatatkan oleh Tesla Model S Plaid (7:25.231) dengan perbezaan masa 17.681 saat!
 

taycan


Terdapat spekulasi di mana varian terbaharu ini bakal dinamakan sebagai Taycan Turbo GT dengan trenkuasa tiga motor elektrik 1,000 hp, di mana motor ketiga terletak pada gandar belakang.

Berdasarkan gambar ujian, Taycan varian baharu ini juga turut menampilkan aspek aerodinamik yang lebih serius, seperti contoh roda dan bampar yang lebih agresif, diikuti dengan pemasangan sayap belakang.

Lebih banyak info bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi varian terbaharu Taycan pada tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kereta elektrik Taycan yang dilancar pada 2020 satu daripada penyumbang kejayaan Porsche dan 1,…
Berita Global
Kira-kira 858 Taycan pada mulanya dikenal pasti berisiko dan ditarik balik pada bulan Januari,…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…