Porsche Taycan Cross Turismo 2021 kini di Malaysia - tiga varian, harga dari RM645,209

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance (SDAP) hari ini secara rasmi melancarkan varian terbaharu kenderaan elektrik sepenuhnya, iaitu Taycan Cross Turismo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikategorikan sebagai cross utility vehicle (CUV), Porsche Taycan Cross Turismo membawakan bentuk badan crossover wagon yang mampu menawarkan ruang yang jauh lebih praktikal.

Sama seperti model sedan Taycan, Taycan Cross Turismo menampilkan teknologi inovatif 800 voltan yang menawarkan pengecasan pantas serta jarak pemanduan yang impresif.
 

Taycan


Ruang kargo pula mampu mencapai sehingga 1,200 liter apabila tempat duduk belakang dilipat, sementara untuk pemanduan yang sedikit lasak, Taycan Cross Turismo didatangkan dengan sistem suspensi udara adaptif dan jarak kelegaan tanah yang boleh ditinggikan sehingga 20 mm.

Dengan pakej Offroad Design opsyen, anda boleh meninggikan jarak kelegaan tanah Taycan Cross Turismo sehingga 30 mm, membolehkan ia menawan laluan off-road yang mencabar terutama ketika menggunakan mod baharu "Gravel" yang dikhususkan untuk model ini.
 

Taycan


Dari segi rekaan, Taycan Cross Turismo membawakan elemen kenderaan off-road seperti trim pada arka roda, muka hadapan yang unik diikuti pada bahagian sisi dan belakang, serta terdapat perlindungan daripada impak batu ketika melayan laluan off-road.

Secara standard, kesemua varian Taycan Cross Turismo didatangkan dengan pek bateri berkapasiti 93.4 kWh, sementara perincian kuasa dan jarak operasi adalah seperti berikut:

Taycan 4 Cross Turismo
- 380 PS (476 PS dengan mod overboost),
- pecutan 0-100 km/j 5.1 saat
- jarak operasi 437 km
- kelajuan tertinggi 220 km/j

Taycan 4S Cross Turismo
- 490 PS (571 PS dengan mod overboost)
- pecutan 0-100 km/j 4.1 saat
- jarak operasi 436 km
- kelajuan tertinggi 240 km/j

Taycan Turbo Cross Turismo
- 625 PS (680 PS dengan mod overboost)
- pecutan 0-100 km/j 3.3 saat
- jarak operasi 425 km
- kelajuan tertinggi 250 km/j
 

Taycan


Harga jualan adalah seperti berikut:

  • Taycan 4 Cross Turismo (RM645,209)
  • Taycan 4S Cross Turismo (RM728,727)
  • Taycan Turbo Cross Turismo (RM968,928)

Baca: Spesifikasi Porsche Taycan Cross Turismo 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Perjalanan EV tersebut bermula dari Tasik Ayding, wilayah Xinjiang yang terletak 218.845 meter di…
Berita Global
Keupayaan tersebut dibuktikan lagi menerusi video terbaharu yang diterbitkan oleh pengeluar…
Berita Domestik
Hari ini, pihak Porsche Malaysia menerusi Sime Darby Auto Performance telah mengumumkan pembukaan…