Porsche Taycan Cross Turismo - siap mod pemanduan off-road!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche nampaknya sedang bersiap sedia untuk melancarkan sebuah lagi varian kenderaan elektrik Taycan dinamakan sebagai Porsche Taycan Cross Turismo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Model 'wagon' elektrik tersebut diperlihatkan secara rasmi dengan kehadiran pelekat samaran yang minima, serta menampilkan beberapa ciri penting seperti garis bumbung yang lebih panjang, pemasangan rel bumbung, serta rekaan lampu belakang yang disesuaikan dengan fizikal sebuah wagon.

Model EV baharu ini disifatkan oleh Porshe sebagai cross utility vehicle, dan ia bakal menawarkan mod pemanduan spesifik bertujuan untuk menjadikan pemanduan Porsche Taycan Cross Turismo ini lebih sesuai digunakan untuk keadaan jalan yang lebih kasar (mungkin sekali laluan off-road yang ringan).


Untuk itu, para jurutera Porsche telah memberikan sentuhan kepada sistem suspensi asal, serta meninggikan jarak kelegaan tanah untuk tujuan itu.

Sudah pasti, tahap praktikaliti Taycan seperti saiz ruang kargo bertambah dengan kehadiran model Taycan Cross Turismo ini.

Dalam video ringkas yang dimuatnaik, ketua unit pembangunan model Taycan Stefan Weckbach menjelaskan, tempat duduk belakang juga kini lebih luas berbanding model Taycan sedan, memberikan bayangan terdapat perubahan dimensi seperti jarak antara roda yang lebih panjang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…