Porsche Taycan elektrik sudah tiba - harga bermula dari RM725k

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto Performance, pengedar dan pengimport tunggal produk Porsche untuk Malaysia pagi ini telah melancarkan model kereta elektrik (EV) pertama jenama itu, Taycan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermaksud "semangat kuda liar yang muda", Taycan (Tay-Kan) datang dengan pakej waranti dan penyelenggaran selama empat tahan sementara baterinya lengkap dengan waranti lapan tahun. Namun begitu, pembeli mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh waranti untuk kedua-dua perkara itu kepada 15 tahun jika mereka berminat.

 

Tiga varian Taycan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia:

 

Taycan 4S


0-100: 4.0 saat
Halaju maksimum: 250 kmsj
Kuasa maksimum: 530 PS (571 PS dengan pakej Performance Battery Plus)
Daya kilas maksimum: 650 Nm
Jarak sekali caj: 407 km (463 km dengan pakej Performance Battery Plus)
Harga: RM725,000

 

 

Taycan Turbo AWD


0-100: 3.2 saat
Halaju maksimum: 260 kmsj
Kuasa maksimum: 680 PS
Daya kilas maksimum: 850 Nm
Jarak sekali caj: 450 km 
Harga: RM999,000

 

Taycan Turbo S AWD


0-100: 2.8 saat
Halaju maksimum: 260 kmsj
Kuasa maksimum: 761 PS 
Jarak sekali caj: 412 km
Harga: RM1,195,000

 

Walaupun menggunakan nama Turbo, Taycan memang tidak mempunyai enjin langsung dan hanya menggunakan motor elektrik.

 

Perbezaan di antara varian itu merangkumi prestasi dan jarak perjalanan dengan sekali caj.

 

Prestasi ialah sesuatu yang memang lebih tertumpu kepada kadar pecutan kerana Taycan Turbo S mampu memecut sepantas jentera Formula E Porsche 99X.

Porsche Malaysia juga akan membekalkan pemilik Taycan dengan pengecas di rumah dalam bentuk Porsche Mobile Charger Plus 22 kW dan Porsche Home Energy Manager.

 

Namun begitu, pemeriksaan terhadap prasana perlu dilakukan untuk memastikan pengecaj boleh dipasang dengan selamat.

 

Selain dari itu, Porsche Malaysia juga telah memasang pengecaj berprestasi tinggi (High Performance DC Charger) dengan kuasa 175 kW di semua pusat jualan/servis Porsche di Ara Damansara, Sungai Besi dan Pulau Pinang.
 

Pengecaj berprestasi tinggi itu mampu mengecaj sebuah Taycan dalam masa 36 minit sahaja.

 

Selain dari itu, Taycan juga boleh dicaj di pengecaj-pengecaj ChargeEV yang didapati di stesen Petronas dan R&R serta lokasi-lokasi lain.

 

Porsche Malaysia juga bekerjasama dengan operator parkir Park Easy serta stesen Shell dengan pengecaj EV untuk memastikan Taycan anda sentiasa mempunyai caj yang mencukupi.

 

Porsche telah melancarkan Taycan di Thailand pada bulan Julai lalu dengan harga melebihi RM1.5 juta. 


 

pricing

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…