Porsche Taycan kini lebih popular berbanding 911!

oleh Mohamad Hanif|
Ternyata, Porsche Taycan merupakan salah satu produk elektrik Porsche yang berjaya pada ketika ini, di mana permintaan terhadap model EV tersebut tidak pernah padam semenjak pelancarannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam tempoh tiga suku pertama tahun 2021, jualan Porsche Taycan dicatatkan sebanyak 28,640 unit, dan angka tersebut kini mengatasi jualan kereta sports Porsche 911 yang tidak jauh dibelakang, 27,972 unit.

Porsche Cayenne kekal menjadi produk SUV yang paling laris terjual sebanyak 62,451 unit, diikuti dengan Porsche Macan (61,944 unit).

Porsche Panamera pula turut mencatatkan peningkatan sebanyak 1 peratus, atau jumlah jualan kira-kira 20,275 unit.
 

718


Sementara Porsche 718 Boxster dan 718 Cayman mencatatkan angka jualan sebanyak 15,916 unit untuk tempoh yang sama, atau peningkatan sebanyak satu peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

China masih lagi merupakan pasaran terbesar Porsche di dunia, menyumbang sebanyak 69,789 unit atau peningkatan sebanyak 11 peratus. Untuk rantau Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah juga mencatatkan peningkatan sebanyak 12 peratus, atau 97,841 unit berbanding 87,030 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Di Eropah, sebanyak 56,332 unit kenderaan Porsche telah diedarkan sepanjang tahun 2021, di mana 19,099 unit daripadanya datang dari pasaran Jerman!

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Berita Global
Peningkatan jualan itu dilihat dipengaruhi oleh pertumbuhan di pasaran China dan Amerika Syarikat,…