Porsche Taycan lebih laku berbanding kereta petrol di Norway

oleh Mohamad Hanif|
Sebut pasal kenderaan elektrik (EV), Norway merupakan antara negara yang mempunyai kadar pemilikan EV yang paling tinggi di dunia, terima kasih kepada pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan data terkini daripada Norwegian Road Traffic Information Council, sebanyak 7,957 unit kenderaan telah pun berjaya dijual di negara itu pada bulan lalu, dan daripada jumlah tersebut hanya 387 unit sahaja yang terdiri daripada kenderaan berenjin petrol atau diesel.

Ini bermakna, 84 peratus kenderaan baharu yang dijual di Norway merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya, atau kira-kira 6,659 unit.

EV yang paling laris terjual adalah Audi Q4 E-Tron dengan 643 unit, diikuti oleh Hyundai Ioniq 5 (477 unit), BMW iX (444 unit), diikuti oleh EV mampu milik seperti VW ID.4 dan Skoda Enyaq (masing-masing 389 unit) dan VW ID.3 (125 unit).

Sementara Porsche Taycan pula berjaya terjual sebanyak 181 unit mengalahkan jumlah kenderaan bernadikan petrol (175 unit).

Daripada 20 buah kenderaan yang popular (dan kebanyakannya EV), salah satu model ICE yang berjaya menduduki tangga tersebut adalah Toyota RAV4 dengan 271 unit.

Sumber: Norwegian Road Traffic Information Council

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Global
  Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api di bandar ini secara…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, presiden yang juga merangkap pengasas bersama Nio, Qin Lihong mendedahkan…