Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 301,915 unit kenderaan telah terjual atau peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.
Daripada jumlah tersebut, rantau Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah berjaya mencatatkan penjualan sebanyak 131,098 unit, atau peningkatan sebanyak lapan peratus, dengan China masih lagi menjadi pasaran terpenting bagi Porsche dengan jumlah jualan sebanyak 95,671 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak lapan peratus.
Sementara itu, pasaran Amerika mencatatkan peningkatan sebanyak 22 peratus kepada 70,025 unit, diikuti pasaran Jerman (naik 9 peratus kepada 28,565 unit).

Porsche Macan masih lagi mengekalkan status sebagai crossover paling laris dengan jumlah jualan sebanyak 88,362 unit, diikuti Cayenne dengan jumlah 83,071 unit.
Lebih menarik apabila EV Porsche Taycan berjaya dijual dengan peningkatan dua kali ganda atau sebanyak 41,296, jauh mengatasi jumlah jualan yang direkodkan oleh Porsche 911 (38,464 unit).
Wagon Porsche Panamera pula berjaya mencatatkan pengedaran sebanyak 30,220 sementara gandingan Porsche 718 Boxster/Cayman pula adalah sebanyak 20,502 unit.