Porsche Taycan pecah rekod dunia drift sejauh 42 km

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis rekod yang sedaya upaya cuba dibuktikan oleh pengeluar automotif - hot hatch paling pantas di Litar Nurburgring, pecutan 0-100 hingga 0-300 km/j, sehinggalah kepada rekod drift sambil mengisi minyak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebut pasal drift, Porsche baharu sahaja memecahkan rekod dunia sebagai sebuah kereta elektrik yang mampu melakukan aksi drift sejauh 42.1 km tanpa henti di atas skidpad 200 meter bertempat di Porsche Experience Centre, Hockenheimring.

 


Rekod tersebut turut diiktiraf oleh Guinnes Book of Records di mana Porsche Taycan RWD yang dikendalikan oleh Dennis Retera berjaya menghabiskan aksi tersebut selama 55 minit dengan kelajuan purata 46 km/j.

 


Retera mengakui, agak sukar bagi beliau untuk menghabiskan tugasan drift Taycan selama hampir sejam, apatah lagi kadar cengkaman tayar pula adalah tidak konsisten walaupun skidpad tersebut disirami air sepanjang tempoh tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…