Porsche Taycan Sport Turismo 2022 dilancarkan tanpa elemen off-road

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperkenalkan Taycan versi sedan dan crossover wagon, Porsche kini melancarkan dua buah versi Taycan yang dinamakan sebagai Taycan GTS dan Taycan Sport Turismo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Taycan GTS diposisikan antara varian Taycan 4S dan Taycan Turbo, di mana ia mampu menghamburkan output setinggi 598 PS yang membolehkan pecutan 0-100 km/j mampu diselesaikan dalam masa 3.7 saat dan kelajuan maksimum 250 km/j.
 

Taycan GTS


Taycan GTS juga merangkap model Taycan pertama yang mampu mencapai jarak operasi melebihi 500 km (atau lebih tepat lagi 504 km mengikut data WLTP).

Ia juga membawakan sistem suspensi udara adaptif yang merangkumi Porsche Active Suspension Management, ciri opsyen stereng gandar belakang, serta ciri bunyi Porsche Electric Sport Sound.
 

GTS


Kemasan warna hitam menguasai elemen yang terdapat pada bahagian luar dan dalaman, seperti contoh apron depan, cermin luar, trim tingkap sisi, serta kemasan Black Race-Tex, trim aluminium diberus dan kemasan hitam anodiza.

Porsche turut menawarkan opsyen bumbung panorama dengan ciri Sunshine Control yang menampilkan filem kristal cecair berkuasa elektrik yang mampu mengubah kadar ketelusan cahaya tanpa perlu menggelapkan ruang kabin.
 

Taycan Sport Turismo


Sementara Porsche Taycan Sport Turismo pula merupakan penambahan baharu kepada versi Cross Turismo namun dengan dengan fokus kepada pemanduan atas jalan yang sebenar.

Sama seperti Cross Turismo, Taycan Sport Turismo juga membawakan garis bumbung yang panjang serta sporti, ruang kepala belakang 45 mm lebih besar, dan ruang kargo yang mampu memuatkan lebih daripada 1,200 liter.
 

Sport Turismo


Apa yang membezakan antara kedua varian tersebut adalah ketiadaan elemen off-road pada model Sport Turismo.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Diposisikan antara model Taycan 4S dan Taycan Turbo, Taycan GTS menawarkan jarak pemanduan sehingga…