Porsche Tequipment tawar khemah bumbung untuk Taycan Cross Turismo

oleh Mohamad Hanif|
Para pemilik Porsche terutamanya model-model seperti Cayenne, Macan dan Taycan Cross Turismo boleh menikmati aktiviti glamping (glamorous camping) menerusi penawaran khemah bumbung oleh Porsche Tequipment.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penawaran baharu itu diperlihatkan bersempena dengan penganjuran acara Porsche Taycan Cross Turismo Glamping Experience bertempat di Saddlerock Ranch, Amerika Syarikat.
 

Taycan


Dengan adanya khemah bumbung itu, ia mampu menyediakan ruang rehat sebesar 2,100 mm x 1,300 mm, memadai untuk dua orang dewasa dengan pilihan warna Black/Light Grey atau Black/Dark Grey.

Khemah itu direka supaya kalis air dan tahan di bawah apa jua keadaan cuaca muka bumi, selain mempunyai tingkap sisi yang boleh dibuka untuk tujuan aliran udara, dan perlindungan daripada serangga malam.
 

Taycan


Apabila tidak digunakan, khemah itu boleh disimpan rapi di dalam kotak keras, manakala tangga di bahagian sisi juga boleh dilipat.

Menurut Porsche, selain daripada Taycan khemah bumbung ini sesuai dipasang pada model-model seperti 911 (kecuali model GT, Cabriolet dan Targa), Macan, dan juga Cayenne.