Porsche uji bahan api sintetik dalam perlumbaan!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche bakal menggunakan medan perlumbaan bagi menguji keberkesanan bahan api sintetik atau lebih mesra dikenali sebagai eFuel.
Modenas

Ujian terhadap eFuel itu sebenarnya telah pun bermula sejak semalam lagi (30 Mac) di litar Zandvoort, Netherlands dengan kerjasama daripada rakan teknikalnya ExxonMobil.

Penggunaan bahan api eFuel, beserta bahan pelincir dan komponen plastik termaju yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api akan diuji di sepanjang siri Porsche Mobil 1 Supercup untuk musim perlumbaan 2021 dan 2022.

Porsche dan ExxonMobil bakal menggunakan data penggunaan bahan api eFuel yang diformulasikan khusus untuk perlumbaan ini bagi membangunkan bahan api perlumbaan yang lebih baik untuk kegunaan akan datang.

 


Malah, mereka berharap bahan api perlumbaan sintetik yang diperbuat daripada hidrogen dan karbon dioksida yang diperangkap itu sedia untuk digunakan menjelang musim perlumbaan 2022 dan menghasilkan 85 peratus kurang gas rumah hijau berbanding bahan api tradisional.

Menurut Michael Steiner, ketua unit R&D Porsche menjelaskan, "kolaborasi bersama ExxonMobil ini membolehkan kami menguji keberkesanan eFuel di bawah kondisi yang mendesak di litar lumba.

"Ia juga merupakan satu langkah dalam menjadikan eFuel lebih mampu milik dan sesuai untuk menggantikan bahan api konvensional disebabkan pelepasan emisi gas rumah hijau yang lebih rendah.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun bagi sesetengah pihak, mereka percaya enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine,…
Berita Global
Menurut ketua unit R&D Mercedes Markus Schafer berkata, Mercedes tidak akan mengambil jalan…
Berita Global
Namun, ia masih lagi jauh untuk menjadi sebuah segmen yang arus perdana, terutama di negara-negara…