Porsche umum kemaskini perisian Taycan, PERCUMA!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat 75,000 orang para pemilik kereta elektrik Porsche Taycan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana Porsche baharu sahaja mengumumkan kemaskini perisian pertama untuk kesemua model Taycan bagi tahun 2023 yang merangkumi peningkatan terhadap kecekapan trenkuasa, pengurusan haba bateri, teknologi serta beberapa ciri menarik yang lain.

Difahamkan, kemaskini over-the-air (OTA) itu akan diperkenalkan berdasarkan pasaran spesifik, dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan.

Porsche turut menawarkan pemasangan pengecas onboard 22 kW secara retrofit (kecuali pasaran Korea Selatan & Kanada) membolehkan pengecasan yang lebih pantas dibuat.

Untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, pemasangan pengecas ini turut disekalikan dengan pengaktifan fungsi Plug & Charge yang memudahkan urusan pembayaran yuran pengecasan tanpa sebarang kad atau aplikasi.
 

Taycan


Untuk model Taycan AWD, sistem boleh menetapkan motor elektrik depan untuk tidak digunakan sepanjang pemanduan untuk mengurangkan kesan geseran seretan, sekaligus meningkatkan jarak operasi.

Malah, indikasi AWD di skrin paparan tengah akan menunjukkan aliran tenaga semasa menjadikan ia lebih mudah dibaca oleh pemandu.

Strategi pemulihan tenaga juga turut dioptimasikan, di mana tetapan automatik akan dikekalkan biarpun pemandu menukar program pemanduan.

Selain itu, sistem pengurusan haba bateri telah dipertingkatkan khusus untuk pemilik yang duduk di kawasan suhu rendah, membolehkan Taycan dicas dengan lebih pantas, sementara tenaga haba daripada komponen elektrik akan digunakan sebelum ia menjejaskan operasi bateri.

Kedua-dua kemaskini terhadap trenkuasa dan sistem pengurusan haba bateri itu sesuai untuk model Taycan tahun 2020 dan 2021, memandangkan model Taycan 2022 telah pun mendapat ciri tersebut secara standard.
 

Taycan


Porsche juga turut menambahbaik fungsi baharu terhadap Porsche Communication Management (PCM) dan Porsche Connect, seperti rekaan grafik baharu pada skrin paparan, navigasi pemetaan pada skrin paparan head-up, serta sistem Android Auto yang boleh diakses secara nirwayar.

Bergantung kepada kapasiti pengecasan, sistem navigasi kini boleh menyenaraikan dan memilih lokasi stesen pengecasan yang bersesuaian.

Sistem ParkAssist turut diberikan tumpuan di mana fungsi penderia mampu merangkumi jarak yang lebih jauh, tidak ketinggalan fungsi pencarian untuk lokasi parking yang sempit turut ditawarkan sebagai opsyen.

Akhir sekali, kesemua model Taycan tahun 2020, 2021 dan 2022 kini didatangkan opsyen untuk memuatkan fungsi bukaan tanpa kunci (akses keselesaan) untuk semua pintu termasuk pintu belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…