Menurut laporan Jakarta Post, pegawai-pegawai kesihatan di lapangan terbang Sorong mengesan seorang pelajar berusia 20 tahun yang positif Covid-19 ketika diuji sewaktu para penumpang tiba di situ Sabtu lalu.
Kerajaan Indonesia mewajibkan semua penumpang kapal terbang mempunyai dokumen keputusan ujian Covid-19 yang negatif.
Pelajar tersebut yang terbang bersama 42 orang pelajar lain mempunyai keputusan ujian yang positif. Ujian tersebut dilakukan di sebuah makmal di Jawa Barat pada 21 Jun dahulu.
Pegawai-pegawai kesihatan Indonesia percaya pelajar itu terlepas menaiki pesawat kerana keadaan lapangan terbang yang penuh sesak dan anggota keselamatan "terlepas pandang".
Kesemua 90 orang penumpang di dalam penerbangan itu telah diperintah untuk dikuarantin sendiri selama dua minggu.
* Laporan asal dari The Star