Menurutnya, di samping memperketatkan perundangan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk pemandu di bawah pengaruh dadah, kawalan lain boleh dilaksanakan dalam masa yang lebih singkat dengan pemindaan peraturan sedia ada.
"Antaranya mewajibkan ujian darah sebagai syarat lesen lesen kenderaan barangan (GDL) serta Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) baru dan juga semasa pembaharuan lesen.
"Di samping memperketatkan keperluan pelesenan GDL dan PSV, kerajaan hendaklah meneruskan program membiayai latihan untuk 1,000 pemandu baru setiap tahun untuk membantu mengatasi masalah kekurangan pemandu kelas E untuk memandu bas dan lori.
"Apa pun semua pihak perlu berganding bahu untuk mencapai visi di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya 2022 -2030. Sasaran pelan ialah untuk mengurangkan 50 peratus bilangan kematian pengguna jalan raya," katanya.
Ahad lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata JPJ akan memperketat operasi bersepadu yang memfokus kepada kenderaan berat.
Artikel Harian Metro